Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game MOBA Honor of Kings akan dilancarkan secara global pada 2022

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 8, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, MOBA, Mobile
0 0
0
Game MOBA Honor of Kings akan dilancarkan secara global pada 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Developer Level Infinite mengumumkan di Twitter bahawa mereka akan melancarkan game mobile MOBA Honor of Kings secara global pada tahun 2022. Dengan itu, beberapa ujian beta tertutup “akan diumumkan secara beransur-ansur” pada bulan depan. Malangnya, tiada tarikh rasmi yang disahkan.

We have great news! We will be rolling out Honor of Kings by TiMi Studio Group to you global gamers by the end of this year!

Rounds of closed beta tests will be gradually announced starting next month.

Please be patient and stay tuned for more updates! pic.twitter.com/T8ZN1ZLM8Y

— Level Infinite (@LevelInfinite) June 7, 2022

Asalnya dibuat oleh penerbit Tencent dan developer TiMi Studios, Honor of Kings merupakan game mobile bergenre MOBA seperti League of Legends dan Dota 2 tetapi dibuat untuk pasaran Asia terutamanya China. Ia merupakan game mobile dengan kutipan tertinggi sepanjang di seluruh dunia pada April 2022 dengan jumlah sebanyak $274.5 juta (menurut penyelidikan daripada firma Sensor Tower). Kira-kira 96.4 peratus daripada hasil Honor of Kings adalah dari China.

“Jumlahnya banyak tetapi kenapa tidak dilancarkan di seluruh dunia?” Izinkan saya jelas. Mungkin ada yang tidak tahu, tetapi Honor of Kings sebenarnya mempunyai versi Barat iaitu Arena of Valor, yang kita semua boleh bermain sekarang di Malaysia.

Dalam satu artikel (melalui Sports Business Journal), Chris Kramer selaku ketua komunikasi Amerika Utara Level Infinite dan Tencent Games menjelaskan situasi sebenar tentang Honor of Kings dan Arena of Valor.

“Arena of Valor dan Honor of Kings adalah dua game berbeza berdasarkan reka bentuk IP dan gameplay yang serupa. Mereka menawarkan pengalaman gameplay, gaya seni dan interaksi sosial yang berbeza untuk memenuhi selera pemain global yang pelbagai. Kami rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk pemain global menikmati Honor of Kings. Kami akan terus menyokong Arena of Valor dengan patch, hero dan acara baru untuk masa terdekat.”

kata Chris Kramer.

Buat masa ini kita hanya mampu menunggu tetapi agak menarik untuk melihat jika pelancaran Honor of Kings di platform global akan memberi kesan kepada game MOBA lain seperti Mobile Legends, Wild Rift, dan sebagainya.

Untuk segala liputan kami tentang game MOBA, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
Arena of Valor
Publisher: Garena
Developer: Garena
Release Date: 2016-10-14
Android, iOS
Arena of Valor, sebelumnya Strike of Kings, adalah adaptasi antarabangsa Honor of Kings, arena pertempuran dalam talian berbilang pemain yang dikembangkan oleh TiMi Studios dan diterbitkan oleh Tencent Games untuk Android, iOS dan Nintendo Switch untuk pasaran di luar Daratan China
Tags: honor of kingsMOBAMobile
Previous Post

Filem sekuel Joker telah disahkan pengarah, Tajuk juga didedahkan!

Next Post

Black Adam bakal ditayangkan di Malaysia pada 21 Oktober 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Black Adam bakal ditayangkan di Malaysia pada 21 Oktober 2022!

Black Adam bakal ditayangkan di Malaysia pada 21 Oktober 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd