Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pre-order Klonoa Phantasy Reverie Series Versi digital kini tersedia untuk PS dan Xbox!

Maira by Maira
June 3, 2022
in 2D/ Pixel, Artikel, Berita, Game, Konsol, Platformer, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Pre-order Klonoa Phantasy Reverie Series Versi digital kini tersedia untuk PS dan Xbox!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco Entertainment Asia mengumumkan bahawa pre-order untuk Klonoa Phantasy Reverie Series versi digital kini tersedia di kedai dalam talian untuk PS5, PS4, Xbox Series X|S dan Xbox One. Trailer terbaru juga telah dilepaskan memaparkan perbezaan grafik antara versi original dengan versi remastered.

Dilancarkan pada 1997 oleh Namco, Klonoa merupakan game side-scrolling platform yang memaparkan pelbagai watak dan dunia yang cerah. Pemain akan memulakan pengembaraan untuk menyelamatkan Phantomile. Versi remaster akan menambah beberapa level difficulty dan juga co-op dua pemain. Ini membenarkan pemain baru francais untuk terus mulakan aksi dan peminat lama untuk mudah main semula.

Sempena ulang tahun ke-25 francais, Klonoa Phantasy Reverie Series akan memaparkan Klonoa: Door to Phantomile dan Klonoa 2: Lunatea’s Veil. Grafik untuk kedua-dua game telah ditambahbaik dengan prestasi 60 fps serta resolusi sehingga 4K. Dunia hebat Klonoa ini juga masih lagi kekal untuk pemain baru dan lama untuk terokai.

Ciri terbaru dan elemen remastered untuk Kolonoa Phantasy Reverie Series:

  • Selamatkan penduduk yang diseksa oleh mimpi ngeri dan kumpulkan Momett Doll!
    • Setiap stage Klonoa: Door to Phantomile mempunyai penduduk yang diserang mimpi ngeri manakala Klonoa 2: Lunatea’s Veil mempunyai Momett Doll yan gperlu dikumpul. Gunakan kebolehan untuk selesaikan misi ini.
  • Uji kebolehan di stage bonus!
    • Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan pemain untuk membuka stage bonus. Klonoa: Door to Phantomile memaparkan EXTRA VISION manakala Klonoa 2: Lunatea’s Veil mempunya Chamber o’ Fun dan Chamber o’ Horrors.
  • Kumpulkan Dream Stone!
    • Setiap stage mempunyai Dream Stone untuk membantu Klonoa sepanjang pengembaraannya. Kumpulkan 100 Dream Stone untuk mendapatkan extra life.

Versi remastered juga memaparkan satu ciri khas yang dipanggil “Pixel Filter”. Dengan memilih “Pixel Filter” di tetapan game, anda boleh menukar grafiknya kepada piksel yang memberikan perasaan nostalgik daripada zaman PS1.

Apa tunggu lagi, jangan lupa untuk pre-order game ini. Bukan semua konsol PS1 masih hidup, betul tidak? Anda boleh klik pautan di bawah mengikut platform untuk terus tempah versi digital Kolonoa Phantasy Reverie Series. Berikut adalah pautannya:

  • PS5 / PS4
    • Standard Edition
    • Digital Deluxe Edition
  • Xbox Series X|S / Xbox One
    • Standard Edition
    • Digital Deluxe Edition

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Klonoa Phantasy Reverie Series
Previous Post

4D Sight – Platform baru pengiklanan khas untuk pencipta kandungan!

Next Post

NeverAfter melancarkan acara pra-daftar berserta banyak hadiah lumayan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
NeverAfter melancarkan acara pra-daftar berserta banyak hadiah lumayan!

NeverAfter melancarkan acara pra-daftar berserta banyak hadiah lumayan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd