Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mobile Taktikal RPG ‘Warhammer 40,000: Tacticus’ kini tersedia untuk download secara akses awal

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 2, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Real time strategy
0 0
0
Mobile Taktikal RPG ‘Warhammer 40,000: Tacticus’ kini tersedia untuk download secara akses awal
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai salah satu game dalam francais Warhammer, Snowprint Studios telah mengumumkan Warhammer 40,000: Tacticus yang kini tersedia untuk download secara akses awal bagi peranti mobile.

Tacticus adalah game top-down turn-based berasaskan grid yang menampilkan pertempuran taktikal sengit dengan setiap puak Warhammer 40k dalam francais. Bersama kempen yang didorong oleh jalan cerita, kita boleh mengalami semula semua peperangan ikonik dari francais juga. Bukan itu sahaja, dengan ciri-ciri lain seperti “terrain modifier”, “range stat” dan sistem rumit lain, Tacticus boleh menjadi game yang agak strategik bagi sesiapa yang suka genre tersebut.

Satu perkara lagi yang ditawarkan oleh Tacticus adalah pengalaman PvP. Seperti namanya, kita akan bertarung bersama pemain lain, tidak kira sama ada mereka rakan atau lawan rawak. Untuk bertarung, korang boleh memilih daripada lapan puak dan 40 watak unik. Lebih banyak puak dan watak akan ditambah dalam update akan datang.

Di samping itu, Tacticus juga memiliki sistem Guild yang luas. Sebaik sahaja menemui kumpulan yang selesa dan mencipta/menyertai Guild, korang akan menentang pemain-pemain lain dalam Guild Vs. Guild, dan menawarkan insentif untuk memguatkan unit bagi mendominasikan papan pendahulu. Ia bukan sahaja untuk PvP, kerana anda juga boleh bekerjasama dengan rakan Guild untuk menghadapi bos musuh sukar yang khusus direka untuk bertarung secara beramai-ramai.

Berikut ialah senarai puak dan unik yang boleh dimainkan:

  • Ultramarine – Adeptus Astartes, marin angkasa lepas berpakaian perisai yang mempertahankan Imperium.
  • Necron – Bangkit dari kubur mereka, mesin abadi ini membawa kematian kepada sesiapa yang menentang mereka.
  • Black Legion – Diubah kepada “chaos” oleh dewa-dewa jahat, Black Legion pernah menjadi imperium terbaik. Kini mereka didorong oleh dendam dan konflik abadi.
  • Black Templar – Marin Angkasa dalam misi khas untuk menghapuskan musuh dalam galaksi. Kadangkala dianggap sebagai ancaman oleh warga sendiri.
  • Ork – Dibesarkan untuk berperang oleh old ones, Orks adalah paling gembira semasa dalam pertempuran. Kekuatan adalah untuk segala-galanya untuk makhluk xenos ini, dan tiada siapa boleh menghalangnya.
  • Death Guard – Hamba kepada dewa Nurgle kini mengancam galaksi. Dengan senjata yang mengerikan, galaksi tidak akan pernah selamat.
  • Adepta Sororitas – Persaudaraan warga ini membawa keajaiban dewa ke medan perang. Keajaiban boleh berlaku…dan Sororitas berjaya membuktikannya.
  • Astra Militarum – Tukul Emperor tidak pernah berhenti di medan perang. Menggunakan kuasa tembakan dan kecerdasan untuk menghapuskan musuh menikmati kemenangan.

Sesiapa yang berminat boleh download game ini sekarang di peranti iOS dan Android. Untuk download (Android), saya sudah sediakan link di bawah.

Untuk ke laman web rasmi, sila tekan pautan ini.

Download di sini!
Warhammer 40,000: Tacticus
Publisher: Snowprint Studios AB
Developer: Snowprint Studios AB
Release Date TBC
Android, iOS
Tacticus adalah game mobile top-down turn-based berasaskan grid yang menampilkan pertempuran taktikal sengit dengan setiap puak Warhammer 40k dalam francais.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 000: TacticusMobileStrategyWarhammer 40
Previous Post

The International 11 Dota 2 akan bermula 8 Oktober – 30 Oktober 2022, ini adalah jadual penuh!

Next Post

Ujian beta tertutup Disney Speedstorm akan bermula pada 8 Jun di PC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Ujian beta tertutup Disney Speedstorm akan bermula pada 8 Jun di PC!

Ujian beta tertutup Disney Speedstorm akan bermula pada 8 Jun di PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd