Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Spider-Man & Iron Man diumumkan, dilukis oleh pencipta Yu-Gi-Oh

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 30, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Komik, Manga
0 0
0
Manga Spider-Man & Iron Man diumumkan, dilukis oleh pencipta Yu-Gi-Oh
Share on FacebookShare on Twitter

Marvel dan VIZ Media telah mendedahkan manga Marvel’s Secret Reverse oleh pencipta Yu-Gi-Oh yang membintangi Iron Man dan Spider-Man sebagai watak utama! Berikut adalah trailer rasmi:

Manga Spider-Man dan Iron Man ini sedang dicipta oleh Kazuki Takahashi, artis dan penulis di sebalik karya original Yu-Gi-Oh. Selain daripada trailer bergaya ala-ala komik, penerbit VIZ Media juga memuat naik beberapa halaman preview berwarna daripada manga yang mempamerkan ketibaan Iron Man di Jepun dan pertemuan pertama antara Spider-Man dan penjahat yang memegang kad sebagai kuasa (jelas sekali diilhamkan oleh Yu-Gi-Oh).

Seterusnya, treler itu mendedahkan tarikh keluaran rasmi untuk manga itu, yang bakal dikeluarkan pada 14 Jun.

Tentang jalan cerita, Peter Parker dan Tony Stark pergi ke Jepun untuk menghadiri konvensyen gaming. Walau bagaimanapun, kehidupan aman damai mereka telah diganggu oleh Reijiro Kaioh, Ketua Pegawai Eksekutif bagi sebuah syarikat ‘ trading card game’ (TCG) terkenal. Ingin memperkenalkan ciptaan terbaru oleh syarikatnya, rupanya dia mempunyai kuasa untuk menyeru raksasa daripada permainan kad miliknya untuk menjadi realiti.

Ini merupakan projek terbaru oleh Marvel untuk menceburi bidang anime dan manga. Projek terakhir mereka yang paling berjaya ialah siri Marvel Anime pada tahun 2013, di mana mereka sama-sama bantu studio anime terkenal Madhouse (terkenal untuk Trigun, Death Note dan Black Lagoon) menghasilkan beberapa siri anime berdasarkan X-Men, Blade, Wolverine dan Iron Man.

Bagi sesiapa yang tidak mengenali Kazuki Takahashi, dia bermula sebagai mangaka (penulis manga) pada tahun 1982. Karyanya yang pertama, Tokiō no Tsuma, diterbitkan pada tahun 1990, manakala Tennenshoku Danji Buray, salah satu karyanya yang terawal, diterbitkan dalam dua jilid dari tahun 1991 hingga tahun 1992. Bagaimanapun, Takahashi tidak mencapai sebarang kejayaan sehingga tahun 1996 selepas beliau mencipta Yu-Gi-Oh!

Sumber – VIZ Media

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: iron manmangaMarvelSpider-ManYu-Gi-Oh
Previous Post

PMPL SEA Championship Spring 2022 akan berlangsung di Bukit Jalil Exhibition Centre – Siapa yang bertanding?

Next Post

[Review] Acer EI322QUR – Gaming monitor lengkung 2K 165Hz yang harga mampu milik

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Persona 4 Remake Hanya Akan Datang Selepas April 2026
Berita

Persona 4 Remake Hanya Akan Datang Selepas April 2026

June 24, 2025
Monster Hunter Wilds Dikecam Hebat Selepas Ulasan Steam Jatuh Ke “Overwhelmingly Negative”
Berita

Monster Hunter Wilds Dikecam Hebat Selepas Ulasan Steam Jatuh Ke “Overwhelmingly Negative”

June 24, 2025
Callina Liang Akan Bawa Watak Chun-Li Dalam Filem Live Action Terbaru Street Fighter
Filem

Callina Liang Akan Bawa Watak Chun-Li Dalam Filem Live Action Terbaru Street Fighter

June 24, 2025
Next Post
[Review] Acer EI322QUR – Gaming monitor lengkung 2K 165Hz yang harga mampu milik

[Review] Acer EI322QUR - Gaming monitor lengkung 2K 165Hz yang harga mampu milik

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd