Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Senarai Universiti dan Kolej yang menawarkan “course game” di Malaysia!

Maira by Maira
September 7, 2023 - Updated on September 15, 2023
in Artikel, Berita, Panduan, Senarai, Tempatan
0 0
0
Senarai Universiti dan Kolej yang menawarkan “course game” di Malaysia!
0
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Lepas habis sahaja belajar, mesti ramai yang pening kepala untuk sambung universiti atau kolej. Belum cerita lagi kursus apa yang ingin diambil nanti. Untuk yang suka bermain game, pasti ada yang teringin untuk jadi pembangun game yang hebat ataupun berimpian untuk sertai studio game yang terkemuka. Kami di sini mempunyai beberapa universiti atau kolej yang boleh dipohon nanti. Kami telah bahagikannya mengikut universiti awam (IPTA) atau swasta (IPTS). Jadi, senang untuk anda memilihnya nanti. Tanpa membuang masa, berikut adalah antara universiti atau kolej yang mempunyai course game untuk anda mohon!

Universiti / Kolej Awam game (IPTA)

  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
    • Lokasi: Tanjung Malim, Perak
    • Anggaran yuran: RM 6774 – RM 10480 ±
    • Kursus:
      – Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan/ Diploma in Game designs and Development
      – Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk (Permainan Digital) dengan Kepujian / Bachelor of Design (Digital Games) (Hons)
    • Program ini direka untuk mendedahkan pelajar tentang pembangunan permainan daripada permulaan serta prinsip disebalik pembangunan. Kesemua perkara bermula daripada reka bentuk, pengaturcaraan serta seni akan diajar dan pelajar mampu untuk membangunkan permainan sendiri.
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
    • Lokasi: Durian Tunggal, Melaka
    • Anggaran yuran: RM 11,664 ±
    • Kursus: Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Teknologi Permainan) / Bachelor of Information Technology (Game Technology) 
    • Program ini melahirkan graduan yang berpengetahuan tinggi dan berkemahiran dalam bidang teknologi permainan komputer. Para graduan dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran khusus seperti pengaturcaraan permainan komputer, mereka bentuk dan membangunkan pelbagai jenis permainan komputer, prinsip permainan, permainan berasaskan web, pengurusan projek serta pembangunan permainan 2D dan 3D. Graduan kursus ini dapat menyumbang kepakaran dan kemahiran mereka kepada industri pendidikan dan hiburan seperti pendidikan berasaskan permainan dan pembangunan kandungan permainan.
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
    • Lokasi: Kampus Puncak Alam, UiTM Selangor, Selangor
    • Anggaran yuran: RM 4546.00 ±
    • Kursus: Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Permainan Kreatif / Bachelor of Creative Game Design (Hons)
    • Program intensif ini direka untuk menyediakan pelajar untuk permintaan dan keperluan industri permainan yang tinggi. Pereka profesional mesti bergantung pada kedua-dua kebolehan kreatif mereka dan keperluan dunia korporat, itulah sebabnya program ini akan memperkenalkan pelajar kepada kemahiran pengurusan dan keusahawanan yang diperlukan.
  • ASWARA
    • Lokasi: Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur
    • Anggaran yuran: RM 7,542.00 ±
    • Kursus: Ijazah Sarjana Muda Seni Permainan Digital dengan Kepujian / Bachelor of Digital Games Art with Hons
    • Program Seni Permainan Digital melayakkan pelajar yang berminat meneruskan pendidikan pembinaan kesenian permainan digital; permainan video dan aplikasi. Kaedah pembelajaran secara project-based memberi pengalaman amali seperti di dunia industri. Output program ini melayakkan pelajar menghargai nilai estetika seni permainan untuk bekerja sebagai game artist, modeler, level designer, game developer, producer, dan technical artist.

Universiti / Kolej Swasta game (IPTS)

  • KPTM Ipoh
    • Lokasi: Ipoh, Perak
    • Anggaran Yuran: RM24,210 ±
    • Kursus: Diploma Reka Bentuk Permainan/ Diploma in Game Design
    • Program ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan industri terkini yang menekankan tentang mekanikal dalam permainan, mereka bentuk dokumentasi, membuat skrip dan pengaturcaraan, rekaan tahap 2D dan 3D, reka bentuk karakter, menguji permainan, reka bentuk antara muka, pengurusan produk, dan pelaksanaan projek permainan berpasukan. Pelajar juga akan mempelajari kemahiran profesional dan kemahiran tersendiri yang diperlukan untuk berjaya dalam industri.
  • UOWM KDU
    • Lokasi: UOW Malaysia KDU University College, Utropolis Glenmarie
    • Anggaran Yuran: RM75,945 ±
    • Kursus: Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Permainan dengan Kepujian / Bachelor of Game Development (Honours)
    • Program ini direka khas dan dibangunkan oleh profesional industri dan perintis. Pelajar yang menyertai program ini diberi peluang untuk mengkhususkan diri dalam tiga bidang yang berbeza: Game art, Game design dan Game Technology.
  • Asia Pacific University (APU)
    • Lokasi: Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur
    • Anggaran Yuran: RM 87,000 ±
    • Kursus: Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Permainan Komputer dengan Kepujian / Bachelor (Hons) in Computer Games Development
    • Program ini melengkapkan pelajar dengan kemahiran teknikal yang diperlukan dan pengetahuan yang diperlukan untuk seorang profesional dalam industri permainan komputer.
  • LimKokWing University
    • Lokasi: Cyberjaya, Selangor
    • Anggaran Yuran: RM 57,000 -RM 66,000 ±
    • Kursus:
      – Ijazah Sarjana Muda Seni (Reka Bentuk Permainan) dengan Kepujian / Bachelor of Art (Hons) in Games Design
      – Ijazah Sarjana Muda Seni (Pembangunan Seni Permainan) dengan Kepujian / Bachelor of Arts (Hons) in Games Art Development
    • Program dibangunkan khas dengan pendekatan komprehensif untuk membangunkan minda yang betul dalam industri permainan, khususnya dalam bidang reka bentuk permainan.
  • UCSI University
    • Lokasi: Cheras, Kuala Lumpur
    • Anggaran Yuran: RM 63580 ±
    • Kursus: Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Permainan dengan Kepujian / BA (Hons) Game Design
    • Memperkenalkan dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan artistik dan kemahiran teknikal yang berkaitan dengan reka bentuk permainan. Pelajar akan meneroka asas-asas bermula daripada menjana seni permainan konseptual yang kukuh, sehingga pelaksanaan teknikal membina dan menjalankan permainan itu sendiri. Program ini disusun untuk mencapai potensi pembangunan konsep, bahasa visual, kemahiran teknikal dan ekspresi peribadi pelajar.
  • UTAR College
    • Lokasi: Sungai Long, Selangor
    • Anggaran Yuran: RM 39,450 – RM 45,250 ±
    • Kursus:
      – Ijazah Sarjana Muda Seni dengan Kepujian (Reka Bentuk Permainan) / Bachelor of Arts (Honours) Game Design
      – Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Pembangunan Permainan) / Bachelor of Science (Honours) Game Development
    • Program serba boleh ini menawarkan dua laluan berbeza ke arah pengkhususan dalam Pembangunan Permainan. Pelajar yang bercita-cita untuk mencipta permainan digital dan melancarkan kreativiti mereka melalui platform PC, mudah alih dan konsol permainan boleh memilih untuk meneruskan sama ada laluan Seni dan Reka Bentuk Permainan, atau laluan Pengaturcaraan dan Teknologi Permainan. Reka Bentuk Permainan bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pendekatan pelbagai disiplin terhadap bidang Seni dan Reka Bentuk Permainan. Di samping menggunakan prinsip asas dalam mengkonseptualisasikan projek reka bentuk permainan, pelajar UTAR akan dibekalkan dengan pengalaman praktikal dan kepakaran teknikal untuk menguruskan projek tersebut melalui semua peringkat utama dari awal sehingga selesai pengeluaran permainan.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda. Kalau ada tambahan, kami akan menambahnya pada masa hadapan. Harap-harap senarai universiti ini membantu anda mencari tempat untuk sambung dalam pembangunan game. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan lain mengenai game, anime, manga dan banyak lagi.

Tags: course gamekolejUniversiti
Previous Post

Filem Anime Baharu Studio Ghibli “The Boy and The Heron” Akhirnya Dedahkan Trailer Pertama!

Next Post

Kingston tambah SSD external baru ‘XS1000’ – harga bermula RM343!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Kingston tambah SSD external baru ‘XS1000’ – harga bermula RM343!

Kingston tambah SSD external baru 'XS1000' - harga bermula RM343!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd