Bab terbaru One Piece sudah pun mendarat secara rasmi di platform rasmi, dan akhirnya kita melihat kegembiraan dan apa yang berlaku selepas tamatnya pertarungan antara Luffy dan Kaido. Setelah menang besar pada bab sebelumnya, One Piece 1050 membawa penamat kepada seksaan 20 tahun di Wano. Mari kita lihat segala yang terjadi dalam bab One Piece 1050.

Amaran! Terdapat spoiler manga One Piece 1050!
Fire Festival akhirnya tamat secara rasmi dengan segala Sky Boat yang terapung di udara, menandakan kebebasan pulau tersebut. Semua watak yang terlibat dalam perang besar Wano kini sibuk dalam menjalankan tugas masing-masing. Big Mom dan Kaido yang telah ditumbuk sehingga teras bumi oleh Luffy, nampaknya berada dalam magma di bawah Wano. Rupa-rupanya, ia merupakan gunung berapi bawah tanah negara itu. Adakah kedua-dua watak itu sudah mati atau tidak, masih belum dijelaskan.

Luffy yang pengsan selepas pertarungan, telah mendapatkan rawatan segera daripada krew terlibat. Lebih-lebih lagi selepas pengumuman hebat mengenai kejatuhan Kaido yang dilakukan Luffy. Bercerita mengenai Momonosuke pula, dia telah memutuskan bahawa dia tidak akan membuka pintu masuk ke negara itu buat masa ini. Jadi, Wano nampaknya tidak akan mengalukan orang baru buat masa ini. Lebih menarik lagi, dia juga sudah memahiri kuasa Devil Fruit miliknya dan mampu kembali ke bentuk badan manusia.

Bab 1051 mungkin mamaparkan Shogun terbaru Wano selepas ini kerana muka surat terakhir mengacah mengenainya sebelum tamat. Penamat untuk Wano arc ini rata-rata memberikan kegembiraan kepada ramai pembaca dan lebih penting lagi, arc terakhir untuk One Piece akan mula secara rasmi. Agaknya apa pula yang menanti dalam arc seterusnya? Sudah tentu Shanks juga akan mula munculkan diri nanti. Apapun, kalau anda masih belum membaca bab baru ini, boleh pergi ke Manga Plus untuk membacanya.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai One Piece daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post