Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Call of Duty: Modern Warfare 2 akan keluar 28 Oktober 2022, menampilkan ‘Task Force 141’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 25, 2022
in Artikel, Berita, Shooter
0 0
0
Call of Duty: Modern Warfare 2 akan keluar 28 Oktober 2022, menampilkan ‘Task Force 141’
Share on FacebookShare on Twitter

Penerbit Activision dan developer Infinity Ward baru sahaja mengesahkan bahawa game Call of Duty: Modern Warfare 2 akan dilancarkan pada 28 Oktober 2022. Selain daripada logo permainan dan poster watak, tidak banyak lagi info yang didedahkan. Pada masa yang sama, mereka juga tidak memberitahu untuk platform apa game ini akan dilancarkan.

Apabila Call of Duty: Modern Warfare 2 dikeluarkan pada 28 Oktober, para gamer dapat mengalami dunia perang baru dengan ‘Task Force 141’. Korang yang pernah bermain reboot Modern Warfare pada tahun 2019 atau trilogi original Call of Duty: Modern Warfare pasti akan kenal ahli-ahli daripada pasukan ini yang dahulu memainkan peranan penting dalam game sebelum.

Di bahagian ketua ialah Captain John Price, yang bakal ditemani oleh Simon “Ghost” Riley, John “Soap” MacTavish, Kyle “Gaz” Garrick, dan orang baru Colonel Alejandro Vargas, seorang anggota Special Forces dari Mexico. Seperti biasa, watak-watak ini akan memainkan peranan penting dalam kempen Call of Duty: Modern Warfare 2 dan kemungkinan besar watak dapat dimainkan dalam mode multiplayer, walaupun ciri itu belum disahkan buat masa ini.

Bukan itu sahaja yang saya ingin beritahu – Treler pertama CoD: Modern Warfare 2 juga adalah salah satu iklan hiburan terbesar sepanjang masa. Kisahnya begini: dalam tempoh 24 jam, sebuah pasukan telak menggerakkan kapal kargo yang mempamerkan poster operator Simon “Ghost” Riley sebesar 90,000 kaki persegi.

Sebaik sahaja berlabuh, rupanya ia adalah teka teki kerana kawasan pelabuhan itu mengandungi separuh lagi poster “Ghost” yang sejajar dengan poster di kapal kargo. Poster itu hanya boleh dilihat dari perspektif “birds-eye” sahaja dan barulah peminat boleh lihat dengan jelas. Oleh itu, rakaman dron merakam keseluruhan proses kapal, sambil mendedahkan imej pertama tentang skuad, “Task Force 141.”

Sekali lagi saya ingatkan, Call of Duty: Modern Warfare 2 akan dilancarkan pada 28 Oktober 2022. Untuk segala liputan kami tentang Call of Duty, sila tekan pautan ini.

Call of Duty: Modern Warfare 2
Publisher: Activision
Developer: Infinity Ward
Announce Date: 2022-05-25
Apabila Call of Duty: Modern Warfare 2 dikeluarkan pada 28 Oktober, para gamer dapat mengalami dunia perang baru dengan 'Task Force 141' bersama Captain John Price, yang bakal ditemani oleh Simon "Ghost" Riley, John "Soap" MacTavish, Kyle "Gaz" Garrick, dan orang baru Colonel Alejandro Vargas.
Tags: call of duty: modern warfare 2Task Force 141
Previous Post

The Lord of the Rings: Gollum akan hadir pada 1 September di PC, PS dan Xbox!

Next Post

Hogwarts Legacy tampil dengan ciri-ciri hebat untuk pemain PS5!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
Hogwarts Legacy tampil dengan ciri-ciri hebat untuk pemain PS5!

Hogwarts Legacy tampil dengan ciri-ciri hebat untuk pemain PS5!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd