Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trailer terbaru Thor: Love & Thunder memperkenalkan antagonis utama, ada kuasa bunuh dewa

safwan by safwan
May 24, 2022
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Trailer terbaru Thor: Love & Thunder memperkenalkan antagonis utama, ada kuasa bunuh dewa
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Marvel Entertainment mengeluarkan trailer baharu untuk filem Thor: Love & Thunder yang akan ditayangkan pada bulan Julai ini. Ini merupakan filem fasa keempat Marvel dan sekuel keempat dalam siri Thor. Trailer baharu ini mendedahkan villain utama iaitu Gorr the God Butcher.

Filem ini akan dibintangi oleh Chris Hemsworth sebagai Thor bersama Mighty Thor atau Jane Foster yang dilakonkan oleh Natalie Portman. Tessa Thompson kembali sebagai Valkyrie dan Taiki Waititi sebagai Korg. Terdapat juga wajah baharu yang ditampilkan dalam filem ini termasuk Rusell Crowe sebagai Zeus dan Christian Bale sebagai villain utama iaitu Gorr the God Buthcher.

Dalam mencari tujuan hidup yang lebih mendalam, Thor merentasi kosmos untuk mencari dirinya yang sebenar dan bertemu Gorr, Greek God dan bekas kekasihnya sepanjang perjalanan. Dalam trailer baharu ini, Korg menceritakan kehidupan Thor selepas Avengers: Endgame dan kita dapat lihat yang mereka akan pergi lebih dalam mengenai konflik baharu dalam filem ini. Gorr the God Butcher kelihatan agak menyeramkan dengan matlamatnya untuk menghapuskan setiap dewa yang wujud.

Selain itu, Thor dan Jane bertemu kembali buat kali pertama sejak perpisahan mereka dengan Thor terkejut dan kagum melihat dia memegang Mjolnir hanya selepas tukul itu terbang menjauhinya dan ke tangan bekas kekasihnya pertengahan pertempuran.

MCU sekali lagi bermain dalam genre seram dengan penampilan Gorr the God Butcher kelihatan pucat dan seperti dituangkan dakwat hitam. Gorr ingin memusnahkan sebuah planet dan menyatakan keinginannya untuk membunuh semua dewa serta pertempuran antara dia, Valkyrie dan Thor.

Thor: Love & Thunder

Filem Thor: Love & Thunder akan ditayangkan pada 7 Julai ini di semua pawagam yang berhampiran dengan anda. Jadi, mari siap sedia untuk bertemu dengan Thor dan Mighty Thor yang akan melawan Gorr the God Butcher. Untuk lebih banyak berita menarik mengenai Marvel, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Thor: Love & Thunder
Previous Post

Paper Ghost Stories: Third Eye Open diumumkan, game seram baru dari Malaysia

Next Post

Berkisah di Malaysia, game ‘Paper Ghost Stories: 7PM’ sedang percuma di PC hingga 2 Jun

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Berkisah di Malaysia, game ‘Paper Ghost Stories: 7PM’ sedang percuma di PC hingga 2 Jun

Berkisah di Malaysia, game 'Paper Ghost Stories: 7PM' sedang percuma di PC hingga 2 Jun

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd