Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

EA & FIFA tamat kerjasama selepas 28 tahun, akan dinamakan ke EA Sports FC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 11, 2022 - Updated on May 24, 2022
in Artikel, Berita, Industri, Sukan/lumba
0 0
0
EA & FIFA tamat kerjasama selepas 28 tahun, akan dinamakan ke EA Sports FC
Share on FacebookShare on Twitter

Electronic Arts aka EA akhirnya memberi jawapan tentang situasi mereka bersama badan organisasi FIFA… Selepas FIFA 23, EA akan serta merta memindahkan siri permainan video popular mereka ke jenama baru bernama EA Sports FC, dan secara langsung, menamatkan kerjasama antara FIFA selepas 28 tahun bersama.

Join The Club
Learn more July 2023#EASPORTSFC

More details: https://t.co/3fi6YPOH2G pic.twitter.com/75FLzjOapN

— EA SPORTS FC (@EASPORTSFC) May 10, 2022

Masalah ini mula dilaporkan pada Oktober lalu selepas FIFA berkata mereka akan menamatkan perjanjian pelesenan eksklusif dengan EA. Isu ini muncul selepas laporan memberitahu yang FIFA meminta sebanyak USD $1 bilion kepada EA untuk melanjutkan perjanjian pelesenan bagi tempoh empat tahun. EA menolak nilai harga itu, di mana CEO Andrew Wilson berkata bahawa FIFA “menghalang” cita-cita mereka, lantas isu ini menjadi semakin tidak terkawal.

Masuk 11 Mei 2022, naib presiden eksekutif EA Sports dan Racing – Cam Weber mengesahkan bahawa FIFA dan EA akan menamatkan perjanjian pelesenan eksklusif mereka selepas FIFA 23. Mulai tahun 2024, siri FIFA akan dijenamakan semula sebagai EA Sports Football Club, atau singkatannya FC.

Cam Weber

Supaya semua faham dan tidak keliru, lesen FIFA hanya untuk nama game sahaja. Segala lesen untuk kejohanan, liga, kelab, pemain, stadium, kit dan pasukan kebangsaan telah dirundingkan secara berasingan dan tidak terjejas.

Weber berjanji bahawa EA Sports FC akan mempunyai “mode, liga, kejohanan, kelab dan atlet” yang sama seperti siri FIFA, termasuk “Ultimate Team, Career Mode, Pro Clubs dan VOLTA Football.” Menurut beliau, EA sedang membina portfolio yang merangkumi “19,000+ pemain, 700+ pasukan, 100+ stadium dan 30 liga.” Itu termasuk perkongsian eksklusif dengan Premier League, La Liga, Bundesliga, Serie A, MLS – dan banyak lagi akan datang.”

Walaupun EA bertukar nama ke EA Sports FC, tetapi permainan video berjenama FIFA masih akan diteruskan. Dalam siaran akhbar, presiden FIFA Gianni Infantino mendedahkan bahawa organisasi akan terus membuat siri game itu tanpa EA dan sedang berbincang dengan developer dan penerbit lain mengenai masa depan siri.

“Saya boleh menjaminkan anda bahawa satu-satunya game tulen dengan nama FIFA adalah yang terbaik untuk gamer dan peminat bola sepak. Nama FIFA adalah satu-satunya tajuk original secara global. FIFA 23, FIFA 24, FIFA 25 dan FIFA 26, dan seterusnya – ia akan kekal selama-lamanya dan kekal TERBAIK.”

kata Infantino.
Gianni Infantino

Antara FIFA dengan EA Sports FC, mana satu korang nak beli? Meh kongsi pendapat bersama saya di ruang komen!

Pra-pesan di sini
FIFA 22
Publisher: Electronic Arts (EA)
Developer: Electronic Arts
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Electronic Arts mengumumkan FIFA 22 bakal tiba ke PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S, PC melalui Steam dan Origin pada 1 Oktober ini! Menurut EA, FIFA 22 akan dikuasakan oleh teknologi HyperMotion yang menggabungkan Advanced 11-versi 11 Match Capture dan teknologi pembelajaran mesin eksklusif.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: eaEA Sports FCfifa
Previous Post

Viral! Figura bootleg Tanjiro yang pelik, boleh beri mimpi ngeri juga

Next Post

Sebanyak 19.3 juta PS5 telah dijual setakat ini, stok masih susah dapat

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025
Smartphone

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

May 30, 2025
Next Post
Sebanyak 19.3 juta PS5 telah dijual setakat ini, stok masih susah dapat

Sebanyak 19.3 juta PS5 telah dijual setakat ini, stok masih susah dapat

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd