Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Razer mengumumkan gaming mouse Viper V2 Pro, harga bernilai RM749

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 10, 2022
in Artikel, Berita, Mouse, Teknologi
0 0
0
Razer mengumumkan gaming mouse Viper V2 Pro, harga bernilai RM749
Share on FacebookShare on Twitter

Razer, hari ini mengumumkan Viper V2 Pro, gaming mouse wayarles yang penuh dengan teknologi canggih dan direka bentuk berdasarkan maklum balas pakar esport. Lebih 20% ringan daripada Viper Ultimate, Viper V2 Pro menetapkan standard baru dengan jenis “switch” baru, mempunyai jangka hayat bateri yang lebih baik dan Focus Pro 30K Optical Sensor serba baharu, untuk menghasilkan gaming mouse paling perfect bagi esports.

Ciri “Focus Pro 30K Optical Sensor” mencapai ketepatan resolusi sebanyak 99.8% dan dilengkapi dengan fungsi AI seperti Smart Tracking, Motion Sync dan Asymmetric Cut-off untuk prestasi terbaik semasa gameplay kompetitif. Ciri Asymmetric Cut-off telah ditambah baik untuk menyokong sehingga 26 tahap pelarasan ketinggian. Tahap customization yang lebih luas ini membolehkan pengguna menetapkan jarak “lift-off” dan “landing” yang sesuai dengan playstyle mereka.

Dengan rasa sentuhan yang “tactile” dan jangka hayat lebih panjang, Viper V2 Pro menampilkan “Razer Optical Mouse Switche Gen-3” untuk menyelesaikan isu “double-click” dan “debounce delay”. Switch baharu ini dinilai boleh tahan sehingga 90 juta klik, lantas meningkatkan nilai proposisi melebihi 25% daripada generasi lama. Pada masa yang sama, Viper V2 Pro kini boleh dicas semula melalui USB-C dan mempunyai butang DPI di bahagian bawah tetikus, untuk membolehkan penukaran sensitiviti dengan cepat tanpa perlu pergi ke aplikasi.

Di dalam kotak, Razer memberi pita pelekat (untuk bahagian bawah mouse), kabel pengecasan Razer Speedflex dan 2.4GHz HyperSpeed USB dongle extender. Buat masa ini, Viper V2 Pro boleh didapati dalam varian warna hitam dan putih.

Semasa menggunakan prototaip untuk Viper V2 Pro, Jimmy “Marved” Nguyen – pemain VALORANT profesional untuk OpTic Gaming- baru-baru ini telah mencipta rekod “kill terbanyak” semasa VALORANT Champions Tour (VCT) 2022 dengan 35 kill, serta diundi sebagai MVP di Grand Finals.

OpTic Gaming menjuarai kejohanan itu, dan secara tidak langsung, menjadikan gaming mouse Razer Viper sebagai sebahagian daripada sejarah VALORANT walaupun produk itu belum diperkenalkan secara rasmi.

Harga dan ketersediaan

Razer Viper V2 Pro boleh didapati sekarang di laman Razer.com dan pengedar sah pada nilai harga RM749.00. Saya sediakan pautan di bawah jika korang berminat untuk membeli mouse ini secara online:

  • Lazada
  • Shopee

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi Razer di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: gaming mouserazerViper V2 Pro
Previous Post

MH Rise: Sunbreak memperkenalkan varian monster dan ciri-ciri baru!

Next Post

LEGO Brawls – Game brawler terbaru untuk dimainkan bersama keluarga!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
LEGO Brawls – Game brawler terbaru untuk dimainkan bersama keluarga!

LEGO Brawls - Game brawler terbaru untuk dimainkan bersama keluarga!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd