Dari pasukan buat acara iaitu Eliphant telah kembali untuk buat Gamestart 2019 pada 12 dan 13 Oktober ini di Suntec Convention Centre (SCC) Hall 401 hingga 403 di Singapura. Tahun lepas Gamestart mendapat pengujung sebanyak 27,000 orang yang datang dari serata dunia dan lebih dari apa yang Gamestart buat sebelum ini dari 2014!
Tetamu Gamestart 2018 mempunyai banyak selebriti yang terkenal dimata dunia seperti ahli gusti AEW Kenny Omega, pelakon alih suara Elise Zhang yang terkenal didalam Overwatch sebagai Mei dan banyak lagi! Untuk tetamu undangan Gamestart 2019 pula akan diberitahu kelak kemudian nanti.
Gamestart 2019 juga membuat acara pertandingan yang akan berlaku di oktober ini, SEAM ataupun SEA Major akan buat pertandingan di Asia Pasifik untuk Asia Finals kepada Liga Capcom Pro Tour 2019 di Gamestart 2019! Anda akan melihat pelbagai pemain Street Fighters didunia untuk mendapat hadiah wang tunai dan tempat di Capcom Cup pada akhir tahun nanti.
Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh melayari Facebook page mereka dan Website mereka untuk mengikui perkembangan mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post