Kalau dulu nak membeli merch rasmi Hololive memang susah. Ada yang kena guna proxy ataupun guna khidmat upah untuk orang belikan. Kali ini, anda tidak perlu buat benda begitu kerana kedai rasmi Hololive, hololive production OFFICIAL SHOP kini mennyediakan penghantaran terus ke Malaysia! Ini merupakan inisistif baru francais Hololive untuk memberikan barangan rasmi atau merch kepada peminatnya pada peringkat global.
Penghantaran daripada Hololive Store ini akan dilakukan oleh kurier DHL dan EMS untuk beberapa produk lain. Untuk harganya ia bukanlah tersedia dalam Ringgit Malaysia tetapi dalam USD. Jadi, sebelum membeli, eloklah tengok dulu nilai mata wang. Takut terlebih bajet pula. Kesemua transaksi akan dibayar menggunakan mata wang JPY, sebelum diproses mengikut Ringgit pula.

Pihak DHL akan menghubungi anda dengan segala butiran mengenai pembelian yang anda lakukan tadi. Segala penghantaran yang dilakukan tidak boleh dipulangkan atau dikembalikan wang, kecuali jika barang yang diterima telah rosak semasa diterima atau barang tidak dihantar. Sudah tentu, cukai penghantaran akan mengikut negara masing-masing. Jadi, mungkin terdapat sedikit tambahan pada cas penghantaran. Anda boleh lawati laman web rasmi hololive production OFFICIAL SHOP untuk maklumat lebih lanjut.
Apapun, anda yang sudah lama ingin berbelanja merch rasmi hololive, bolehlah singgah terus ke laman web rasmi itu. Bukan senang nak dapatkan barang hololive dekat Malaysia ini. Terdapat beberapa barang eksklusif tersedia seperti set hari jadi, album dan banyak lagi. Kalau anda inginkan liputan lain mengenai Vtuber, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post