Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bunuh raksasa sambil minum boba tea dalam ‘Cuisineer’ – Boleh wishlist di Steam

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 21, 2022
in Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
Bunuh raksasa sambil minum boba tea dalam ‘Cuisineer’ – Boleh wishlist di Steam
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa pertandingan January Digital Big Indie Pitch untuk game PC dan konsol akan datang, studio BattleBrew Productions dari Singapura telah berjaya memenangi tempat pertama dengan game roguelike baru mereka, Cuisineer. Dianggap sebagai game dengan banyak potensi oleh para hakim dan khalayak umum, korang boleh wishlist Cuisineer sekarang di Steam.

Pertama sekali saya nak kata adalah Cuisineer merupakan game yang sangat unik. Ia menggabungkan “rogue-lite dungeon crawler” dengan “restoran simulator” di mana semuanya dipamerkan dalam reka bentuk yang comel.

Dari meneroka dungeon yang dijana secara rawak hingga mengumpul bahan-bahan yang jarang ditemui dan juga membunuh raksasa, pemain perlu menjelajah dunia Cuisineer yang luas untuk mengumpul sumber yang diperlukan demi menyelamatkan restoran keluarga yang dibebani hutang. Yang membuatkan lagi best adalah gameplay tidak tamat di situ.

Sebaik sahaja kembali ke restoran, kini tiba masanya untuk kita menggunakan sumber yang dikumpul semasa memasak hidangan, mencipta resepi baru untuk menu, memastikan pelanggan gembira, dan jaga integriti restoran daripada mereka yang jahat.

Satu bahagian menarik adalah makanan di dalam game ini dibuat berdasarkan hidangan Asia Tenggara termasuk laksa dan boba tea. Harap developer ada menambah masakan Malaysia juga di dalam game!

Ciri-ciri utama (menurut Steam):

  • Level yang dijana secara prosedural – tiada playthrough yang sama!
  • Pelbagai jenis musuh, bilik dan bos akan dalam perjalanan anda
  • Berbilang biom dungeon yang unik – hutan rimbun, gunung berapi , gua berais dan paya maut
  • Uruskann restoran anda sendiri – aksi kedai makan pantas; masak secara huru-hara dan hantar hidangan yang betul kepada pelanggan yang betul
  • Lebih 100 resipi lazat untuk ditemui dan dimasak
  • Sistem Senjata/Gear boleh ubahsuai- Unlock kuasa Masin, Masam, Manis, Pahit, Umami, Frosty dan Toasty semasa anda mencampur dan memadankan pelbagai kesan untuk mengalahkan persaingan!
  • Bubble Tea Potion – Minum semasa dalam perjalanan!

Spesifikasi minimum untuk PC:

  • OS: Windows 10
  • Pemproses: Intel(R) Core(TM) i7-10750H @ 2.60GHz
  • Memori: 4 GB RAM
  • Grafik: NVIDIA GeForce GTX 1650 Ti
  • DirectX: Versi 12
  • Storan: 10 GB ruang tersedia
  • Kad Bunyi: PT2001 (Audio Definisi Tinggi NVIDIA)

Tak kisahlah sama ada korang berminat dengan game simulator, suka game dengan aksi pengembaraan RPG, atau game memasak yang comel, Cuisineer adalah satu game yang korang patut cuba nanti apabila keluar di Steam. Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman Steam rasmi di SINI.

Tags: CuisineerPCsteam
Previous Post

Fast X – Sekuel Fast & Furious 10 dalam pembikinan

Next Post

Controller PS5, DualSense sudah boleh update guna PC! Tak perlu cari PS5 dah!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Controller PS5, DualSense sudah boleh update guna PC! Tak perlu cari PS5 dah!

Controller PS5, DualSense sudah boleh update guna PC! Tak perlu cari PS5 dah!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd