SEGA telah mengumumkan game Sonic Origins yang akan dilancarkan pada 23 Jun 2022 untuk PS5, PS4, Nintendo Switch, Xbox Series X|S, Xbox One, Steam dan Epic Games Store. Game ini merupakan entri terbaru dalam siri Sonic the Hedgehog, dan mempunyai empat tajuk di mana Sonic memulakan pengembaraannya. Bukan setakat itu sahaja, Sonic Origins juga dilancarkan pada tarikh sama dengan hari lahir Sonic!
Versi remaster digital ini dibuat untuk konsol terbaru termasuklah game Sonic yang pertama, Sonic CD, Sonic the Hedgehog 2, dan Sonic the Hedgehog 3 & Knuckles. Anda boleh merasai semula pengalaman melihat sprite nostalgia pada platform terkini dengan prestasi framerate moden.
Sebagai tambahan kepada “Mod Anniversary”, Sonic Origins juga memaparkan ciri dan kandungan baru untuk “Mission”, “Museum” dan banyak lagi. Atau anda boleh kekal bermain dalam “Mod Classic” dan alami game tersebut seperti dahulu. Nikmati pengembaraan aksi berkelajuan tinggi mendebarkan yang hanya boleh disampaikan oleh Sonic!
Mod baru yang lebih menyeronokkan
- Mod Anniversary
- Dalam “Mod Anniversary”, anda boleh berlari dengan kelajuan Sonic pada skrin 16:9 yang besar tanpa perlu melihat time over, continue atau skrin game over.
- Mod Classic
- Dalam “Mod Classic”, pemain boleh menikmati game original dengan peraturan asal. Jika anda membuat kesilapan, bilangan nyawa akan berkurangan, dan jika anda menggunakan kesemuanya, game akan tamat. *Anda boleh restart dengan 3 nyawa jika masih mempunyai peluang untuk Continue.
- Boss Rush
- Dalam “Boss Rush”, anda perlu terus melawan semua Bos yang muncul dalam siri ini.
- Mod Mirror
- Selesaikan semua tajuk untuk membuka “Mod Mirror”, di mana anda boleh mencabar diri anda dalam dunia terbalik!
Misi, Muzium dan banyak lagi!
- Mod Story
- Babak animasi baru memautkan kisah empat klasik Sonic dalam “Mod Story”. Lalui tajuk ikonik yang dipadatkan menjadi satu pengembaraan epik buat kali pertama!
- Mod Mission
- Misi yang menarik dan mendebarkan menanti dalam “Mod Mission”. Cabar diri anda dengan selesaikan Misi untuk mendapatkan Syiling!
- Museum
- Buka kandungan yang tidak pernah dilihat sebelum ini, seperti beberapa rahsia yang disimpan dengan baik dari peringkat pembangunan game original dan lihatnya dalam “Museum”! Semasa anda maju, anda akan membuka item secara automatik dalam “Normal Collection”. Anda juga boleh menggunakan Syiling yang diperoleh daripada “Boss Rush” dan “Mission” untuk membuka item dalam “Premium Collection”.
- Data & Ranking
- Catat masa terbaik anda untuk setiap Act dan semak Ranking untuk melihat masa pemain di seluruh dunia! Berlari secepat yang anda boleh dan sasarkan untuk tempat teratas dalam Ranking Dunia!
Watak-watak kegemaran siri Sonic the Hedgehog kembali!
Dalam “Mod anniversary”, anda boleh memilih watak kegemaran anda dan bermain sebagai Sonic, Tails atau Knuckles. Knuckles hanya tersedia untuk Sonic the Hedgehog, Sonic the Hedgehog 2 dan Sonic the Hedgehog & Knuckles 3.
Anda juga boleh melihat trailer pengumuman untuk Sonic Origins di bawah.
Game ini juga akan tersedia dalam dua versi iaitu edisi Standard dan edisi Deluxe. Jika anda pra-tempah sekarang, anda akan mendapat DLC bonus, Start Dash Pack. Sila rujuk gambar dibawah untuk melihat kandungan lain tersedia untuk kedua-dua versi.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Sonic daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post