Selain daripada solo, kita juga boleh bermain Elden Ring secara online bersama rakan-rakan dan pemain lain. Andai kata dibantu oleh kawan, pengalamannya memang seronok tetapi bagaimana jika kita dianiaya oleh mereka yang berniat jahat? Di sini korang perlu berhati-hati kerana ada berita tentang seorang pemain yang menjatuhkan sejenis seluar dalam di Elden Ring dan jika dikutip, akaun kita akan dikenakan “BAN” sehingga ke tempoh masa yang tidak jelas.
Berita ini menjadi topik hangat di kalangan komuniti Elden Ring selepas seorang user bernama “u/JeSuisLePamplemous” memuat naik satu posting di forum Reddit, yang mengisahkan bagaimana dia terkena “soft banned” dalam Elden Ring.
Peristiwa malang ini bermula apabila seorang pemain (tidak dikenali) memberikan item seluar dalam bernama Deathbed Smalls kepada “JeSuisLePamplemous” ketika membuat penukaran barter. Tidak lama selepas itu, “JeSuisLePamplemous” menerima notifikasi bahawa akaunnya telah terkena “Quarantined” yang boleh dianggap sebagai soft banned. Dalam keadaan ini, dia hanya boleh bermain secara online dengan pemain lain yang mempunyai nasib sama.

Disebabkan dia hanya bermain secara offline dan mengakui tidak pernah menggunakan cheat atau hack, JeSuisLePamplemous mengesyaki puncanya mungkin datang daripada Deathbed Smalls dan cuba membuang seluar dalam itu daripada inventori. Walau bagaimanapun, akaunnya masih dalam BAN, lalu dia cuba melaporkan perkara ini kepada Bandai Namco.
Bandai Namco kemudian memberi respon dan meminta JeSuisLePamplemous untuk membuang semua data/watak yang telah dimodifikasikan menggunakan aplikasi third party untuk mengelakkan masalah seperti ini berulang. Jika tidak, BAN seterusnya adalah permanen. Secara tidak langsung, Bandai Namco menyenaraikan item Deathbed Smalls sebagai salah satu item yang boleh mengakibatkan soft banned.

Persoalannya: mengapa Deathbed Smalls boleh mengakibatkan BAN? Ini kerana item itu sebenarnya tidak wujud di dalam game. Selepas kajian dibuat oleh seorang hacker, mereka belajar bahawa developer From Software asalnya telah menambah Deathbed Smalls ke Elden Ring tetapi kemudian membuang seluar dalam tersebut daripada game. Walaupun sebab jelas tidak diberi, ramai anggap bahawa item berbentuk seluar dalam ini terlalu “seksi” dan tidak sesuai untuk tontonan umum.

Harap semua berhati-hati dan jangan main sesuka hati terima barang oleh orang luar, lagi-lagi jika item itu mencurigakan. Takut akaun korang pula kena BAN seumur hidup nanti!
Untuk segala liputan kami tentang Elden Ring, sila tekan pautan ini.
Sumber: Gamebrott
@gamersantaimy
Discussion about this post