Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Xenoblade Chronicles 3 dilancarkan lebih awal, pada 29 Julai 2022!

Maira by Maira
April 20, 2022
in Artikel, Berita, Game, Nintendo Switch
0 0
0
Xenoblade Chronicles 3 dilancarkan lebih awal, pada 29 Julai 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Dunia yang luas menanti anda dalam entri terbaru, Xenoblade Chronicles 3! Game ini pada mulanya dijangka keluar pada September 2022 tetapi nampaknya anda tidak perlu menunggu lebih lama, kerana ia akan dilancarkan pada 29 Julai 2022. Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh pra-tempah game ini di Nintendo eShop bermula hari ini!

Kalau anda masih belum meneroka siri Xenoblade, entri terdahulu seperti Xenoblade Chronicles: Definitive Edition dan Xenoblade Chronicles 2 juga tersedia di platfrom Switch. Jadi, anda tidak akan ketinggalan dengan dunia RPG ini. Berikut adalah trailer rasmi untuk Xenoblade Chronicles 3:

Walaupun francais ini bukanlah besar seperti game Nintendo yang lain, ia sememangnya mempunyai reputasi yang baik dalam kalangan pemain JRPG. Dibangunkan oleh MonolithSoft, ia merupakan sebuah studio yang turut memberikan sumbangan untuk game seperti The Legend of Zelda: Breath of The Wild dan Animal Crossing: New Horizons.

Untuk pengetahuan anda, pengasas bersama MonolithSoft, Tetsuya Takahashi merupakan seorang pembangun berpengalaman dengan latar belakang yang merangkumi kerja pada beberapa tajuk JRPG yang ikonik termasuklah Chrono Trigger.

Berikut adalah ciri-ciri penting Xenoblade Chronicles 3

  • Bertarung bersama tujuh watak: Seperti game Xenoblade yang lalu, pertempuran bermula dengan menghadapi musuh secara langsung di overworld. Pemain boleh mengawal parti Noah yang terdiri daripada enam orang, serta watak tambahan yang akan mereka temui semasa pengembaraan. Setiap watak mempunyai peranan mereka sendiri dalam pertempuran, yang membolehkan pelbagai strategi.
  • Tukar Class: Noah ialah seorang Swordfighter, pakar dalam serangan jarak dekat, manakala Mio ialah Zephyr, menarik perhatian musuh sambil mengelak serangan mereka. Oleh itu, setiap watak mempunyai class mereka sendiri dengan kekuatan mereka sendiri. Maju dalam pengembaraan, pemain boleh menukar class watak, mewujudkan parti yang disesuaikan.
  • Sistem Interlink baru: Setiap pasangan tag-pasukan—Noah dan Mio, Lanz dan Sena, Eunie dan Taion—boleh menggunakan sistem Interlink jika syarat tertentu dipenuhi. Mereka kemudiannya akan bergabung menjadi gergasi yang dipanggil Ouroboros. Setiap Ouroboros mempunyai set pergerakannya tersendiri, dan keputusan untuk berubah menjadi kunci untuk memenangin pertempuran.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya, anda boleh lawati laman web rasmi Nintendo.

Tags: nintendo switchXenoblade Chronicles 3
Previous Post

Crossfire: Legion akan keluar secara akses awal pada Mei 2022 di Steam

Next Post

Call of Duty Vanguard & Warzone – Bermain sebagai Snoop Dogg sekarang

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Call of Duty Vanguard & Warzone – Bermain sebagai Snoop Dogg sekarang

Call of Duty Vanguard & Warzone - Bermain sebagai Snoop Dogg sekarang

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd