Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MtG: Streets of New Capenna tampilkan artis dari Malaysia – akan tiba 29 April

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 18, 2022
in Artikel, Berita, Kad Strategi
0 0
0
MtG: Streets of New Capenna tampilkan artis dari Malaysia – akan tiba 29 April
Share on FacebookShare on Twitter

Wizards of the Coast akan melancarkan Streets of New Capenna, set terbaharu untuk permainan “trading card” tertua dan terbaik di dunia, Magic: The Gathering (MTG) pada 29 April. Berlatarkan metropolis bertemakan Art Deco of New Capenna (#MTGCapenna), latar itu berkisar pada lima keluarga penjenayah yang ingin menguasai kota tersebut. Streets of New Capenna mengandungi 281 kad dan akan tersedia dalam edisi tabletop.

Buat julung kali, para pemain di negara-negara terpilih di Asia Tenggara (SEA) boleh memiliki Family Treasure Tokens untuk Streets of New Capenna. Dilukis oleh artis-artis di rantau ini dengan cetakan terhad, enam rekaan Treasure Tokens tersedia untuk setiap pembelian kotak booster sementara stok masih ada di stor-stor WPN yang terpilih (Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina) dan dalam talian (Singapura).

Sebuah kota yang dibina oleh malaikat dan diperintah oleh iblis, New Capenna menyembunyikan rahsia gelap di sebalik parti-parti mewah dan rakyat yang berkelas tinggi. Lima sindiket licik bertarung untuk menguasai “Halo”, sumber nadir yang sangat dicari untuk kecantikan fizikal dan kuasa penggandaan magik. Namun ketika ancaman yang lebih besar memasuki New Capenna, ianya terserah kepada Planewalkers Vivien and Elspeth untuk menghalang konflik antara lima keluarga tersebut daripada terjerumus kepada perang yang besar-besaran.

Pemain boleh memilih di antara kumpulan jenayah yang terdiri daripada tiga warna berbeza untuk disertai. Setiap kumpulan diketuai oleh ketua yang berbeza dan unik dari segi mekanik:

The Obscura – Maklumat adalah kuasa

  • The Obscura merupakan ahli sihir berbakat yang menggunakan magik untuk tujuan muslihat, menggunakan ilusi dan mereka situasi untuk memanipulasi dan mengugut musuh mereka.
  • Mekanik: Connive – mengeluar kad dan membuang kad. Jika kad non-land dibuang, letakkan +1/+1 counter atas makhluk yang disasarkan.

The Maestros – Membunuh untuk mendapatkan apa sahaja

  • Vampire generasi lama yang juga meminati seni, The Maestros merupakan pembunuh yang bersembunyi dalam kalangan elit dan ingin memelihara budaya Old Capenna.
  • Mekanik: Casualty – mengorbankan makhluk dengan kuasa N atau lebih besar untuk meniru apa-apa sumpahan terkait dengan kebolehan tersebut.

The Riveteers – Sentiasa memenuhkan tugasan

  • Bergantung kepada kekejaman untuk menyelesaikan misi, kemahiran Riveteers tidak mampu ditandingi dan menjadikan mereka pakar intimidasi dan kemusnahan.
  • Mekanik: Blitz – makhluk-makhluk dengan blitz boleh diguna sebagai kos alternatif bagi mendapatkan ÔhasteŐ dan Ôapabila makhluk tersebut mati, cabut satu kadŐ. Korbankan makhluk ini pada permulaan langkah akhir seterusnya.

The Cabaretti – Keseronokan bukanlah percuma

  • The Cabaretti merupakan druids yang terkenal dengan parti-parti mewah di New Capenna, namun kuasa dan pengaruh terhadap penduduk melangkau jauh dari dewan tarian mereka.
  • Mekanik: Alliance – Bila-bila satu makhluk lain menyertai pertempuran, kesan khas akan diaktifkan.

The Brokers – Meneliti setiap satu perkara

  • Walaupun The Brokers menguruskan perihal undang-undang dan perkelahian hartanah pada siang hari, peguam-peguam yang meragukan ini secara rahsia mengikuti ramalan akhir zaman.
  • Mekanik: Shield – Jika satu makhluk dengan kaunter perisai dihancurkan atau menerima pukulan, alihkan kaunter shield.

Taruhan MTG terhadap fantasi urban, Streets of New Capenna, termasuk 10 kawasan asas berseni “Metropolis”.

Sebagai tambahan, “Skyscraper” dan “Golden Age” memaparkan lokasi yang meriah dan kad-kad unik New Capenna dalam semua keadaan Satah.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran, MTG telah bekerjasama dengan lima artis tempatan dari Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina untuk mempersembahkan “Family Treasure Tokens” secara eksklusif di Asia Tenggara yang menggambarkan lima ketua keluarga jenayah New Capenna dan Halo, bahan ajaib yang menjadi tunjang kepada cerita set permainan ini. Token tersebut menggabungkan latar belakang tafsiran artistik artis yang pelbagai, bagi menghidupkan keanggunan, kemewahan dan gaya New Capenna. Butiran artis boleh didapati di Lampiran.

Streets of New Capenna akan tersedia dalam bentuk Draft Boosters, Set Boosters, dan Collector Boosters, serta Theme Boosters dan Commander Decks untuk keluarga jenayah pilihan pemain.

Untuk maklumat lanjut mengenai Streets of New Capenna, layari https://magic.wizards.com/en/products/streets-of-new-capenna.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MalaysiaMtG: Streets of New Capenna
Previous Post

Digimon Survive akan dilancarkan secara rasmi pada 29 Julai di seluruh dunia

Next Post

World of Warcraft kembali dengan Pengembangan terbaru, Dragonflight!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
World of Warcraft kembali dengan Pengembangan terbaru, Dragonflight!

World of Warcraft kembali dengan Pengembangan terbaru, Dragonflight!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd