Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Watch Dogs Tokyo – Manga spin-off yang diadaptasi dari francais Watch Dogs

safwan by safwan
April 12, 2022
in Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Watch Dogs Tokyo – Manga spin-off yang diadaptasi dari francais Watch Dogs
Share on FacebookShare on Twitter

Watch Dogs Tokyo adalah siri manga yang berasaskan daripada game Watch Dogs yang dibangunkan oleh Ubisoft. Siri ini berlatarkan dunia berteknologi maju yang akan mula disiarkan pada 12 April 2022 di laman web Kurage Bunch.

Siri manga Watch Dogs Tokyo ini dilukis oleh Kamo Syuhei yang sebelum ini bertanggungjawab dalam siri Gangsta: Cursed. Penulisan siri manga dikendalikan oleh Shirato Seiichi yang sebelum ini menulis untuk siri anime Princess Principal.

It will be about a special new infrastructure system from a company called Bloom Japan used by the Tokyo Metropolitan Government to change people's lives. However this new system does in fact also harbor a great darkness.

— Manga Mogura RE (Anime & Manga News) (@MangaMoguraRE) April 7, 2022

Melalui pengguna Twitter @MangaMogaraRE, dia berkongsi sedikit maklumat tentang jalan cerita siri manga ini.

Ia mengenai sistem infrastruktur baharu yang istimewa dari sebuah syarikat bernama Bloom Japan. Ianya akan digunakan oleh Kerajaan Metropolitan Tokyo untuk mengubah kehidupan orang ramai. Walau bagaimanapun, sistem infrastruktur ini mempunyai sisi gelap yang ramai orang tidak tahu.

Tokyo menjadi pilihan yang menarik untuk manga ini kerana ia adalah lokasi yang tidak pernah diterokai dalam francais Watch Dogs. Sebelum ini, mereka memulakan pengembaraan di Chicago untuk game pertama manakala game kedua dan ketiga berlaku di San Francisco dan London.

Watch Dogs Tokyo mungkin akan menceritakan kisah baharu untuk alam semesta Watch Dogs, memberikan pembaca watak dan maklumat baharu mengenainya. Dengan ini, dunia Watch Dogs boleh dikembangkan lagi dengan menggunakan pelbagai bentuk media kepada peminatnya

Dalam game terbaru dalam francais game ini iaitu Watch Dogs: Legion, baru-baru ini menerima update terakhirnya. Ubisoft mengumumkan bahawa ia akan menamatkan servis untuk game ini dan berbangga dengan apa yang meraka telah cipta dalam Legion dan menantikan masa depan untuk Dedsec.

Malangnya, game baru ini tidak menunjukkan prestasi yang baik seperti yang diharapkan oleh Ubisoft. Dengan rata-rata review dan banyak kritikan yang diberikan oleh pemain kerana kekurangan dari segi pembangunan wataknya.

Namun, siri manga ini pasti akan membuatkan peminat Watch Dogs teruja untuk menyelami kisah baharu yang berlatarkan dunia berteknologi maju. Apa pendapat korang tentang siri manga Watch Dogs Tokyo ini? Boleh kongsi pendapat korang di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Watch Dogs, sila klik pautan ini.

Sumber: Kurage Bunch

Tags: Watch Dog Tokyo
Previous Post

Sony melabur $1 bilion kepada Epic Games untuk pembangunan Metaverse

Next Post

Pemain Genshin Impact kena “banned” 15 tahun kerana ungkit isu sensitif!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Reviu Witchspire (Early Access) – Game Magic Survival Yang Menarik Namun Tidak Sempurna
Review

Reviu Witchspire (Early Access) – Game Magic Survival Yang Menarik Namun Tidak Sempurna

Sempat Buat Gamer Garu Kepala, Cinder City Jadi Game Pertama Yang Cadang RAM 64GB
PC

Sempat Buat Gamer Garu Kepala, Cinder City Jadi Game Pertama Yang Cadang RAM 64GB

July 3, 2026
Sambut Pelancaran Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Dengan Ganjaran Cygames ID
Berita

Sambut Pelancaran Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Dengan Ganjaran Cygames ID

July 3, 2026
Next Post
Pemain Genshin Impact kena “banned” 15 tahun kerana ungkit isu sensitif!

Pemain Genshin Impact kena "banned" 15 tahun kerana ungkit isu sensitif!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd