Acara ulang tahun ke-20 Kingdom Hearts baru sahaja tamat di Tokyo dan trailer sempena ulang tahun itu telah mendedahkan entri terbaru untuk siri itu. Game baru yang diumumkan ialah Kingdom Hearts 4 bersama game mobile bertajuk Kingdom Hearts Missing Link. Mari kita lihat maklumat lanjut untuk game tersebut!

Game mobile, Kingdom Hearts Missing Link akan tersedia untuk peranti iOS dan Android. Beta tertutup juga akan diadakan pada tahun ini di negara tertentu sahaja.
Trailer untuk Kingdom Hearts 4 menunjukkan Sora di bandar yang mirip dengan Quadratum. Model Sora juga nampaknya telah mendapat kemas kini baru dengan grafik yang lebih realistik berbanding game terdahulu. Watak lain seperti Strelitxia dan Uniox X juga muncul dalam trailer tersebut.
Treler itu menunjukkan Sora di bandar yang kelihatan sangat mirip dengan Quadratum, kampung halaman Yozora. Sora dilihat dengan reka bentuk yang benar-benar baharu, kelihatan lebih realistik berbanding permainan Kingdom Hearts yang lain. Dalam trailer tersebut, anda boleh nampak bahawa Sora telah menggunakan Keybladenya untuk menentang Heartless yang kelihatan seperti Darkside.
Semasa Sora melawan Darkside, dua watak yang kelihatan seperti Master of Masters dan Xigbar telah ditunjukkan sebagai “vessel” untuk Luxu yang terdapat pada penghujung game Kingdom Hearts 3.

Treler itu berakhir dengan menunjukkan Donald dan Goofy meneroka sebuah gua, mungkin mencari jalan untuk mencari Sora, yang hilang berikutan peristiwa Kingdom Hearts 3. Donald dan Goofy melihat cahaya biru yang berkemungkinan besar milik Hades, sebelum ia bertukar menjadi merah dan kedua-duanya menjerit.
Masih tiada senarai platform untuk game baru ini didedahkan. Tetapi berkemungkinan besar, ia akan tersedia untuk konsol next-gen. Apapun kita nantikan pengumuman lanjut daripada Square Enix. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Kingdom Heart, sila klik pautan ini.
Sumber: YouTube
@gamersantaimy
Discussion about this post