Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Youtuber sunting 115 jam filler daripada Naruto untuk menonton bersama kekasihnya

safwan by safwan
April 8, 2022
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Youtuber sunting 115 jam filler daripada Naruto untuk menonton bersama kekasihnya
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Oceaniz, seorang Youtuber telah memuat naik video untuk YouTube channel -nya yang bertajuk “I Re-Edited ALL of Naruto for my Girlfriend”. Menurut video ini, dia memberitahu bahawa tujuannya hanya ingin menonton siri anime bersama teman wanitanya kerana mereka telah kehabisan anime untuk menonton bersama.

“Naruto adalah siri yang sangat berpengaruh untuk saya, jadi saya ingin berkongsi perkara yang penting bagi saya bersama orang yang penting bagi saya.”

Menurut Oceaniz

Membuat “The Ocean Cut” mengambil masa kira-kira tiga bulan yang bermula pada Januari dan tamat sekitar pertengahan Mac. Hal ini kerana menonton anime dengan tiada filler dapat memberi pengalaman tontonan yang lebih mudah dan menyenangkan.

Dia menceritakan tentang perjalanannya sewaktu menyunting siri anime Naruto ini. Dalam video tersebut juga terdapat info dimana dia menggunakan alih suara bahasa Inggeris sebagai pilihan.

Selain itu, Oceaniz memberitahu ini bukan kali pertama dia membincangkan idea untuk menonton Naruto bersama teman wanitanya, tetapi dengan menonton kesemua 720 episod dan menonton flashback yang berlebihan dan episod filler menjadikan anime shonen agak susah untuk ditonton.

Walau bagaimanapun, mereka telah menonton banyak anime bersama seperti My Hero Academia, Attack on Titan, JoJo’s Bizarre Adventure dan lain-lain. Oceaniz telah lama ingin menonton siri Naruto bersama teman wanitanya dan menjadikan ia sebagai alasan yang bagus untuk membuat potongan filler untuk siri Naruto ini.

Menikmati anime yang lain terbukti sudah cukup untuk memberi teman wanitanya iaitu Laura bersetuju dengan cadangannya. Selepas menerima balas mesej daripada Laura, Oceaniz terus memulakan suntingan yang menggunakan Adobe Premiere dan membuat Naruto: “The Ocean Cut.”

Walaupun terdapat siri Naruto yang telah disunting oleh peminat namun ianya tidak tepat baginya untuk memberi pengenalan siri anime ini kepada Laura. Dia menyunting tiga hingga enam episod siri anime dan menggabungkan menjadi satu episod yang berdurasi 50 hingga 120 mint.

Video YouTube-nya menerangkan dengan terperinci tentang proses untuk memotong filler dalam siri anime ini. Filler yang dipotong adalah insiden cirit-birit Naruto, semua jutsu seksi, dan pengenalan kepada Jiraiya. Kalau korang nak tahu lebih terperinci, boleh tengok videonya di bawah.

https://youtu.be/II5t9fuUW70

Jadi, apa pendapat korang tentang filler Naruto yang telah disunting oleh youtuber ini? Kongsi pendapat korang di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Naruto, sila klik pautan ini.

Sumber: YouTube

Tags: naruto
Previous Post

[Review] Drive My Car – Sebuah filem dengan penggunaan bahasa yang hebat

Next Post

Square Enix mengumumkan game Kingdom Hearts 4 & mobile game baharu

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Square Enix mengumumkan game Kingdom Hearts 4 & mobile game baharu

Square Enix mengumumkan game Kingdom Hearts 4 & mobile game baharu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd