Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Twitter mendedahkan game & pasukan esports paling popular pada awal 2022

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 6, 2022
in Artikel, Berita, Esports, Industri
0 0
0
Twitter mendedahkan game & pasukan esports paling popular pada awal 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk mendapat info terkini, Twitter sering menjadi tempat untuk kita belajar tentang “game apa yang popular dan sedang trending” buat masa sekarang. Sempena itu, Rishi Chadha dari divisi Twitter Gaming telah mendedahkan 10 game, dan pasukan esports popular dengan jumlah tweet terbanyak pada awal tahun 2022.

Game dengan jumlah tweet terbanyak di Twitter semasa Q1 2022 ialah:

  1. Genshin Impact (@GenshinImpact)
  2. Wordle
  3. Ensemble Stars! (@ensemble_stars)
  4. Apex Legends (@PlayApex)
  5. Final Fantasy (@FinalFantasy)
  6. Sekai Project (@sekaiproject)
  7. Elden Ring (@ELDENRING)
  8. Fate/Grand Order (@fgoproject)
  9. Knives Out (@GAME_KNIVES_OUT)
  10. Minecraft (@Minecraft)

Senarai “Top 10” untuk Q1 2022 menyaksikan banyak nama besar di tempat teratas. Genshin Impact mengekalkan popularitinya di platform itu dengan menduduki tempat pertama manakala Wordle, game online baru berdasarkan “teka perkataan” mengikut rapat di tempat ke-2. Apex Legends pula tidak jauh ketinggalan dan berada di tempat ke-4 selepas permulaan Season 12.

Selain itu, beberapa francais popular lain seperti Final Fantasy dan Minecraft juga berada dalam senarai Top 10 manakala Elden Ring, walaupun amat-amat popular, berjaya memperoleh tempat ke-7.

Selain yang disebutkan di atas, 2022 juga menyaksikan tumpuan yang lebih besar pada game mobile Jepun. Game irama popular Ensemble Stars menduduki tempat ke-3, di belakang Genshin Impact dan Wordle, manakala Project Sekai! Colorful Stage berada di tempat ke-6 selepas pelancaran versi bahasa Inggeris yang telah lama ditunggu-tunggu pada bulan Disember. Walaupun sudah lama dalam pasaran tetapi mobile RPG Fate/Grand Order mempunyai posisi yang kukuh di tempat ke-8.

Seterusnya, pasukan esports dengan jumlah tweet terbanyak pada Q1 2022 ialah:

  1. Loud.GG (@LOUDgg)
  2. FaZe Clan (@FaZeClan)
  3. Fnatic (@FNATIC)
  4. Pain Gaming BR (@paiNGamingBR)
  5. Karmine Corp (@KarmineCorp)
  6. Los Grandes (@losgrandesgg)
  7. T1 (@T1)
  8. G2 Esports (@G2esports)
  9. Team SoloMid (@TSM)
  10. FURIA Esports (@FURIA)

Memandangkan 2022 akan masuk ke suku kedua, kita boleh menantikan lebih banyak game menarik dalam masa terdekat. Tak tahu game apa yang akan keluar bulan ini? Korang boleh tonton video bawah untuk senarai terkini!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 2022popularTwitter
Previous Post

Unreal Engine 5 dilancarkan secara rasmi untuk semua developer di Epic Games Store

Next Post

One Piece: Dream Pointer, game mobile terbaru ala-ala Seven Deadly Sins!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
One Piece: Dream Pointer, game mobile terbaru ala-ala Seven Deadly Sins!

One Piece: Dream Pointer, game mobile terbaru ala-ala Seven Deadly Sins!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd