Organisasi Portugis Grow uP eSports telah mengikat kontrak dua tahun bersama adidas. Pengedar pakaian sukan adidas akan membekalkan hoodies, training suits, coat, dan t-shirt untuk pemain organisasi Grow uP eSports.
Ceo kepada Grow uP eSports, Telmo Silva membincangkan tentang perjanjian mereka di sebuah pengumuman: ” kita di satu tahap di mana kita ingin menyatukan jenama Grow uP eSports pada peringkat antarabangsa. Ia penting untuk berharap pada sokongan jenama antarabangsa seperti adidas, untuk membangunkan dan meningkatkan esports bagi masyarakat.”

Grow uP eSPorts juga menjadi rakan kongsi kepada NZXT, Alibaba Cloud, dan Portuguese Institute for Sports and Youth (IPDJ). Mereka buat masa ini mencari pemain League of Legends, FIFA, Pro Evolution Soccer, Counter-Strike: Global Offensive, dan Street Fighter V. Antara pemain Fornite untuk Grow uP eSports.

Wakil Nasional untuk adidas, Paulo Junqueira juga tambah: “Adalah dengan rasa amat puas hati bahawa kita akan bekerjasama dengan Grow uP eSports untuk mengukuhkan kehadiran kami di dalam komuniti dan industri esports.
Seperti yang dilakukan oleh Nike untuk League of Legends Pro League yang menyumbang setiap skuad dengan kasut, baju casual dan jersi professional, adidas juga ini mengambil langkah yang sama. Ini bukan kali pertama adidas berkerjasma di industri esports. Pada awal tahun 2017, pasukan Vitality telah menandatangan kontrak selama satu tahun bersama adidas France. Selain itu, organisasi danish North telah bekerjasama dengan gergasi sportswear itu sejak April 2018.
Sumber –

Ia amat bagus untuk lihat organisasi yang bertempat di lokasi yang tidak dianggap sebagai lokasi hangat esports untuk mendapat perjanjian bersama jenama besar yang tidak endemik. Grow uP eSports telah melakukan pelbagai aktiviti yang berjaya dan telah pun berada di industri untuk beberapa tahun. Saya berharap perjanjian kali ini membuahkan hasil untuk kedua-dua pihak agar mereka boleh menyambung kontrak mereka walaupun selepas dua tahun.
Sumber – Esports Insider
@gamersantaimy
Discussion about this post