Perhatian pada pembaca Gamer Santai dan para peminat Sonic the Hedgehog! Kami kembali sekali lagi dengan giveaway baru bersama United International Pictures Malaysia di mana korang boleh menangi sepasang tiket PERCUMA untuk Giveaway Tiket Tayangan Perdana filem Sonic the Hedgehog 2!
Berikut adalah sinopsis yang diambil dari YouTube.
Selepas menetap di Green Hills, Sonic bersedia untuk lebih banyak kebebasan. Tom dan Maddie pergi bercuti dan meninggalkan Sonic di rumah mereka. Tidak lama mereka pergi bercuti, Doctor Robotnik kembali dengan rakan kongsi yang baharu iaitu Knuckles of Echidna untuk mencari “emerald” yang boleh menghancurkan dan membina tamadun yang baharu. Sonic bekerjasama dengan rakannya, Tails dan bersama-sama mereka mencari “emerald” sebelum jatuh ke tangan yang salah.

Terdapat barisan pelakon yang hebat dalam melakonkan filem ini. Barisan pelakon Sonic the Hedgehog 2 terdiri daripada Ben Schwartz sebagai Sonic, Idris Elba sebagai Knuckles, Colleen O’Shaughnessey sebagai Tails, Jim Carrey sebagai Dr. Ivo Robotnik, James Marsden sebagai Tom dan ramai lagi.

Filem ini sepatutnya keluar pada 21 April, tetapi korang berpeluang untuk menonton filem ini lebih awal. Sekarang, kami memberi peluang kepada 20 pemenang bertuah untuk memenangi sepasang tiket Sonic the Hedgehog 2 yang berlangsung pada 13 April jam 9.15 malam di GSC Tropicana Garden Mall.
Jom sertai giveaway ini sekarang!! Syarat nak menang tiket mudah saja, korang cuma perlu jawab soalan dan ikuti langkah-langkah di bawah:
Langkah 1: Korang kena “LIKE” Facebook Page Gamer Santai

Langkah 2: Korang kena “Join” Group Semuanya Gaming di Facebook

Langkah 3: Like/Love/Wow post mengenai artikel ini di Facebook kami
Langkah 4: Share artikel ini secara “public” dengan #SonicMovie2 #GamerSantai dan tag 3 kawan

Langkah 5: Jawab soalan ini di bahagian komen:
- Antara Sonic, Tails dan Knuckles, siapa watak kegemaran korang dan kenapa?;
Kemudian pemenang bertuah akan kami hubungi melalui Facebook!
- Peserta haruslah warganegara Malaysia;
- Giveaway akan berakhir pada 8 April jam 12.00 tengah hari;
- Pemenang akan diumumkan di Facebook page Gamer Santai pada 8 April selepas jam 2 petang;
- Bertempat di GSC Tropicana Garden Mall;
- Korang boleh tebus tiket pada 13 April jam 8.30 malam hingga 9.15 malam di booth Gamer Santai;
- Tayangan akan bermula jam 9.15 malam;
Jadi jangan lepaskan peluang korang untuk memenangi sepasang tiket percuma ini. Semoga bertuah kali ini ya semua dalam Giveaway Sonic the Hedgehog 2! Jangan lupa share post ini dengan member!
@gamersantaimy
Discussion about this post