Tanpa manga, mungkin juga kita tidak akan mendapat siri anime yang hebat malah menjadi salah satu hiburan yang ramai tonton di seluruh dunia. Bukan setakat itu sahaja, ia juga kini mudah untuk didapatkan dengan penjualan manga di kedai-kedai buku. Bila bercerita mengenai manga terbaik sepanjang masa, sudah tentu ramai pembaca daripada Jepun lebih fasih mengenainya. Mana kan tidak, mereka yang pertama membaca siri-siri ini. Untuk itu, satu poll telah dibuka untuk melihat siri manga terbaik yang menjadi pilihan mereka.

Untuk pengetahuan anda, maklumat ini datang daripada TV Asahi, yang menggunakan poll rangkaian untuk peminat pada tahun lepas. Poll tersebut telah mengutip lebih daripada 150 ribu undian peminat. Kalau anda fikir manga Demon Slayer yang menerajui senarai ini, malang sekali anda salah. Kalau anda ingin tahu, mari kita kita 15 manga teratas dalam kalangan peminat Jepun. Senarai ini telah diberikan melalui Animate Times.
- One Piece
- Demon Slayer
- Slam Dunk
- Detective Conan
- Dragon Ball
- Attack on Titan
- Naruto
- Haikyu!!
- Fullmetal Alchemist
- Jojo’s Bizarre Adventure
- Hunter x Hunter
- Gintama
- Kingdom
- World Trigger
- Doraemon
Lebih daripada 33 ribu peminat telah mengundi One Piece sebagai manga terbaik sepanjang zaman. Sejujurnya, ia bukanlah benda yang mengejutkan memandangkan siri itu masih lagi berlangsung dan pelbagai perkara hebat masih lagi berlaku. Pada tempat kedua, siri shonen yang masih lagi hangat iaitu Demon Slayer dengan membawa undian sebanyak 29 ribu.

Selepas Demon Slayer, siri shonen klasik, Slam Dunk menjadi siri manga ketiga yang terbaik. Ia masih lagi sebuah francais manga sukan yang digemari ramai tidak kiralah peminat lama atau baru. Detektive Conan pula mendapat tempat ketempat, diikuti dengan siri Dragon Ball dan Attack on Titan. Siri Shone lain seperti Naruto, Haikyuu, Fullmetal Alchemist dan Jojo’s Bizarre Adventure berjaya menempah tempat di tangga 10 teratas.

Sebenarnya, senarai tersebut ada 100 tajuk manga, kalau anda ingin melihat senarai penuh manga tersebut, boleh klik pada pautan ini. Mungkin anda akan terkejut jika lihat pada keseluruhan senarai tersebut. Lebih menarik lagi apabila siri Doraemon berada dalam senarai manga yang masih lagi diminati ramai. Bukan setakat itu sahaja, karya Fujiko F. Fujio ini mampu menempatkan diri dalam senarai manga yang dipenuhi dengan genre shonen.
Kalau anda ingin membaca liputan lain mengenai manga, sila klik pautan ini.
Sumber: comicbook
@gamersantaimy
Discussion about this post