Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Square Enix bekerjasama dengan Qualcomm untuk hasilkan game untuk cermin mata AR!

Maira by Maira
March 23, 2022
in Artikel, Berita, Game, Teknologi
0 0
0
Square Enix bekerjasama dengan Qualcomm untuk hasilkan game untuk cermin mata AR!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix baru sahaja mengumumkan perkongsian baru dengan pembuat cip mobile Qualcomm untuk mencipta “pengalaman realiti lanjutan (XR) untuk rangkaian global studio pembangunan terkemuka dan harta intelek Square Enix. Bahagian Teknologi Lanjutan di Square Enix akan bekerjasama dengan Snapdragon Spaces XR Developer Platform Qualcomm untuk mencipta permainan baru yang akan memanfaatkan sepenuhnya teknologi AR.

“Square Enix sentiasa komited kepada teknologi game terkini untuk menolak sempadan penceritaan, memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk peminat kami,”

“Kami telah melabur dalam XR dan berharap untuk membina Snapdragon Spaces. Khususnya, kami fikir masa yang sesuai dengan XR untuk berinovasi dalam game genre klasik yang kami kenali dan tidak sabar-sabar untuk berkongsinya dengan dunia, meneruskan misi kami untuk membantu menyebarkan keseronokan ke seluruh dunia.”

Ben Taylor, pengarah teknologi di Square Enix

Brian Vogelsang, pengarah kanan pengurusan produk XR di Qualcomm, mengesahkan perkongsian itu akan meneroka “gaming dengan cermin mata AR.”

Walaupun dijanjikan selama bertahun-tahun, Augmented Reality (AR) masih lagi berada di peringkat awal. AR diterangkan dengan penggunaan teknologi untuk melihat objek maya dalam ruang sebenar, boleh dikatakan ia cara gaming yang lebih selamat berbanding full VR, memandangkan anda masih boleh melihat keadaan sekeliling. Daripada headset VR, AR kebanyakannya boleh digunakan melalui kamera telefon, tetapi beberapa syarikat telah menjanjikan cermin mata AR akan bertambah pada masa akan datang.

Kalau anda ingin tahu, Niantic merupakan salah satu syarikat yang maju dengan AR. Pokemon Go sehingga kini masih mempunyai jutaan pemain dan Niantic menggunakan keuntungan daripada game itu untuk meneroka cara baru dan menarik untuk pengalaman game AR dan ini termasuklah kanta cermin mata AR.

Disney juga tidak terlepas dengan dunia AR. Virtual World Simulator milik Disney mencadangkan paten yang akan menggunakan teknologi body-tracking dan pelbagai projek untuk mencipta ruang maya untuk pengguna bermain. Ia hanya paten buat masa ini, tetapi ia boleh mencipta hiburan baru untuk taman tema Disney.

Sumber: The Gamer

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AR glassqualcommsquare enix
Previous Post

20 game baru sedang dibikin oleh Ubisoft termasuk Prince Of Persia 2.5D

Next Post

Ghostbusters: Spirits Unleashed, game ala DBD yang akan keluar tahun ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Ghostbusters: Spirits Unleashed, game ala DBD yang akan keluar tahun ini!

Ghostbusters: Spirits Unleashed, game ala DBD yang akan keluar tahun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd