Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

20 game baru sedang dibikin oleh Ubisoft termasuk Prince Of Persia 2.5D

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 23, 2022
in Artikel, Berita
0 0
0
20 game baru sedang dibikin oleh Ubisoft termasuk Prince Of Persia 2.5D
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya Ubisoft akan kekal sibuk buat beberapa tahun ini kerana ‘leaker’ terkenal, Tom Henderson, telah mendakwa bahawa 20 game sedang dalam pembangunan oleh syarikat tersebut termasuk Prince of Persia 2.5D baru dan sekuel Immortals Fenyx Rising.

Menurut Henderson, game terbaru Prince of Persia bukanlah remake kepada Sands of Time, dan dibangunkan oleh Ubisoft Montpellier. Berbeza dengan entri moden yang lebih cenderung ke genre ‘linear action-adventure’, game Prince of Persia ini akan kembali ke genre original iaitu platforming selepas mengambil inspirasi daripada francais Ori.

Prince of Persia (1989)

Selain itu, sumber yang sama juga mendedahkan yang Ubisoft akan mengadakan acara besar-besaran untuk memberi maklumat lebih lanjut tentang beberapa game yang sudah diumumkan sebelum ini. Berikut adalah game yang kita mungkin dapat melihat:

  • Skull & Bones
  • Avatar: Frontiers of Pandora
  • The Division Heartland
  • Immortals Fenyx Rising 2
  • Assassin’s Creed Rift
  • Assassin’s Creed Infinity
  • Ghost Recon Frontline
  • XDefiant
  • Prince of Persia: The Sands of Time
  • The Crew 3
  • Mario + Rabbids Sparks of Hope
  • Roller Champions
  • Beyond Good and Evil 2
  • Splinter Cell Remake
  • The Division Mobile
  • dan beberapa game mobile lain.

Malangnya, saya pun tidak pasti jika acara ini akan diadakan atau tidak, tetapi kita harap yang terbaiklah.

There are a lot of games in the works at Ubisoft!

XFIRE EXCLUSIVE: https://t.co/VWIF7y1T6V

— Tom Henderson (@_Tom_Henderson_) March 21, 2022

Dalam banyak-banyak game dalam senarai di atas, mungkin ramai yang tidak sabar untuk mencuba Splinter Cell versi Remake. Asalnya dibocorkan pada Oktober 2021, ia kemudian diumumkan secara rasmi pada Disember tahun yang sama. Menurut sumber, game ini masih awal dalam pembangunan dan kita perlu menunggu beberapa tahun lagi sebelum pelancaran – paling awal adalah 2024. Buat masa ini, korang boleh tonton dulu treler CGI di bawah.

Third Echelon stand by….

A Splinter Cell remake is underway at @UbisoftToronto. Learn more about the project and how you could join the team:https://t.co/XOeGAfS7ac pic.twitter.com/9gqZEJ9OyJ

— Ubisoft (@Ubisoft) December 15, 2021

Banyak lagi game menarik sedang dalam pembikinan seperti Assassin’s Creed, The Crew 3, dan sekuel Immortals Fenyx Rising, tetapi tidak banyak maklumat yang didedahkan buat masa sekarang seperti gameplay, jalan cerita dan bila ia akan keluar.

Untuk segala liputan kami tentang Ubisoft, sila tekan pautan ini.

Tags: Prince of Persiaubisoft
Previous Post

Far Cry 6 akan berkolaborasi dengan Stranger Things dan Free Weekend!

Next Post

Square Enix bekerjasama dengan Qualcomm untuk hasilkan game untuk cermin mata AR!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Square Enix bekerjasama dengan Qualcomm untuk hasilkan game untuk cermin mata AR!

Square Enix bekerjasama dengan Qualcomm untuk hasilkan game untuk cermin mata AR!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd