Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tablet gaming ROG Flow Z13 kini tersedia di Malaysia, harga bermula RM 7,999

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 23, 2022
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Tablet, Teknologi
0 0
0
Tablet gaming ROG Flow Z13 kini tersedia di Malaysia, harga bermula RM 7,999
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, ROG Malaysia secara rasmi telahh mengumumkan tablet gaming Flow Z13 untuk pasaran Malaysia termasuk nilai harga. Flow Z13 menggabungkan aspek mobiliti dari tablet dengan versaliti PC untuk mencipta pengalaman gaming serba baru. Dengan faktor bentuk ringan berukuran 1.1kg dan 12mm, peranti ini khas untuk korang yang ingin peranti ‘comel’ tetapi berspesifikasi tinggi.

Dilengkapi dengan pemproses 12th gen Intel® Core™ i9-12900H dan GPU laptop NVIDIA® GeForce RTX™ 3050 Ti, Flow Z13 sepatutnya dapat menjalankan semua game dan aplikasi terkini. Selain itu, ia mempunyai memori sehingga 16GB 5200MHz LPDDR5 dan storan hingga 1TB PCIe SSD, yang membolehkan pengguna melakukan berbilang tugas dalam satu masa dengan lebih lancar serta menyimpan banyak data semasa dalam perjalanan. Sebagai tablet gaming, Z13 menyokong game mobile serta game PC menggunakan paparan touch screen 13″.

Penambahan XG mobile

Walaupun CPU dan grafik nampak seperti cukup hebat, beberapa urusan kerja mungkin memerlukan lebih banyak kuasa. Peranti XG Mobile yang diperkenalkan pada 2021 sebagai ‘companion hardware’ untuk siri ROG Flow, menawarkan prestasi grafik lebih berkuasa dan port I/O tambahan apabila diperlukan.

Bersama GPU sehingga GeForce RTX™ 3080, outpu DisplayPort dan HDMI khusus, sejumlah port USB dan port ethernet, XG Mobile membawakan prestasi desktop dalam faktor bentuk mudah alih.

Ketersediaan & harga

ROG Flow Z13 akan tersedia mulai sekarang di Malaysia pada nilai harga bermula RM 7,999 dan RM8,799.00 di kedai dalam talian rasmi ROG Malaysia dan pengedar sah.

Versi Flow Z13 bersama bundle XG Mobile akan dijual bermula April 2022 pada nilai harga RM15,999.00.

Untuk maklumat lanjut tentang ROG Flow Z13, sila tekan pautan ini.

[wpdatatable id=81]

Tags: AsusLaptopROG Flow Z13Tablet
Previous Post

[Review] Tiny Tina’s Wonderlands – Dunia magic dalam Borderlands

Next Post

ROG Malaysia mengumumkan siri ‘gaming backpack’ baru, harga bermula RM 399

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
ROG Malaysia mengumumkan siri ‘gaming backpack’ baru, harga bermula RM 399

ROG Malaysia mengumumkan siri 'gaming backpack' baru, harga bermula RM 399

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd