Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Naruto: Mengapa Kakashi selalu pakai topeng muka?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 15, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Naruto: Mengapa Kakashi selalu pakai topeng muka?
Share on FacebookShare on Twitter

Hatake Kakashi pertama kali muncul dalam episod ke-3 siri Naruto,  dan serta merta menjadi watak popular sehingga hari ini. Malah, orang yang tak suka manga atau anime pun mengenali Kakashi. Selain memiliki kepandaian yang tinggi dan kebolehan luar biasa – termasuk mata Sharingan – semua jatuh hati kepada penampilannya. Cuma satu soalan sahaja yang tinggal… mengapa Kakashi selalu pakai topeng muka?

Antara ciri paling unik tentang Kakashi ialah topeng mukanya. Tidak seperti setiap watak Naruto yang lain, muka Kakashi ditutup dari hidung ke dagu, yang jarang dia tanggalkan. Walaupun rapat dengan Naruto, Sasuke, dan Sakura, mereka bertiga tidak pernah melihat wajah Kakashi. Secara beransur-ansur, muka Kakashi menjadi salah satu misteri terbesar dalam siri Naruto.

Bila muka Kakashi didedahkan?

Misteri ini kemudian disiasat dalam dua episod filler dari Naruto/Naruto: Shippuden di mana trio tersebut cuba membongkarkan misteri di sebalik wajah Kakashi melalui cara-cara berbeza. Adakah Kakashi menghadapi kecacatan sehingga takut untuk tunjuk muka? SALAH! Berdasarkan episod 101, Kakashi nampaknya mempunyai muka yang sangat kacak sehingga membuatkan Ayame dari Ichiraku Ramen jatuh cinta. Kita akhirnya dapat melihat wajah sebenar Kakashi dalam episod 469 yang terbukti muka dia flawless.

Walaupun peminat secara rasmi dapat melihat Kakashi secara fizikal, tiada siapa tahu mengapa dia memakai topeng muka.

Tradisi puak?

Walaupun semasa zaman kanak-kanak, Kakashi sentiasa memakai penutup muka. Ada yang memberi teori bahawa memakai topeng muka adalah tradisi dalam klan atau kampung asal Kakashi, tetapi tiada siapa di Konoha yang mempunyai adat ini, termasuk bapanya, Hatake Sakumo. Teori itu tidak logik dan membuktikan bahawa memakai topeng muka adalah keputusan peribadi Kakashi.

Sebab hidung asyik berdarah?

Dalam siri spin-off parodi ‘Rock Lee & Ninja Pals’, penonton diberitahu bahawa Kakashi sentiasa memakai topeng muka untuk menyembunyikan hidungnya yang berdarah semasa membaca buku dewasa kegemaran. Walaupun ini adalah satu-satunya penjelasan dalam media rasmi, siri Rock Lee & Ninja Pals tidak canon dalam jalan cerita Naruto, jadi sebab ini pun tidak boleh dipakai.

Masashi Kishimoto ingin watak shinobi?

Namun begitu, penjelasan yang lebih sahih di sebalik penampilan Kakashi sebenarnya wujud. Dalam sebuah temu bual, pencipta Kishimoto Masashi menjelaskan bahawa dia pada mulanya ingin Kakashi memakai topeng muka kerana berasa ia konsisten dengan konsep ‘kerahsiaan dan misteri’ menjadi shinobi. Selanjutnya, Kishimoto berharap untuk memperkenalkan lebih banyak watak bertopeng. Malangnya, dia menghadapi masalah untuk menunjukkan emosi Kakashi, dan akhirnya memilih untuk membuang topeng bagi watak-watak utama.


Itulah antara teori-teori dan sebab mengapa Kakashi selalu memakai topeng muka dalam Naruto. Apa pendapat korang? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!

Untuk membaca segala liputan kami tentang Naruto termasuk fakta dan trivia lain, sila tekan pautan ini.

Sumber: Narutopedia

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: kakashinarutotopeng muka
Previous Post

Jom ramai-ramai serbu PUBG Mobile Air Drop Truck di KL dan Selangor

Next Post

Free-to-play 3D action game, download Bleach: Brave Souls PS4 sekarang

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Free-to-play 3D action game,  download Bleach: Brave Souls PS4 sekarang

Free-to-play 3D action game, download Bleach: Brave Souls PS4 sekarang

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd