Walaupun sudah dilancarkan lebiih daripada dua minggu, masih ramai gamer yang bercakap tentang Elden Ring. Sudah tentu banyak juga klip-klip video lucu gameplay yang dikongsikan. Elden Ring sudah semestinya bukan game yang boleh dimainkan oleh semua orang walaupun ia direka supaya lebih mudah dimainkan untuk semua pemain baru. Tetapi, tahukah anda ada “Easy mode” dalam Elden Ring? Jom, kita tengok mod tersebut.

Seseorang telah mencipta mod, yang boleh anda muat turun untuk versi PC Elden Ring sekarang melalui Mod Nexus. Boleh dikatakan mod ini merupakan easy mode untuk Elden Ring. Anda boleh memberi damage yang tinggi kepada musuh, tingkatkan damage hingga 25% dan meningkatkan jumlah rune yang anda jumpa sebanyak 10 kali ganda.
Odashikonbu, pencipta mod tersebut telah memberikan pencerahan bahawa mod ini direka untuk “angry gamer”. Apa yang dimaksudkan untuk angry gamer tidak dijelaskan tetapi ia mungkin ingin mengurangkan kemarahan pemain yang tidak berpuas hati ketika bermain. Apa pun, kalau ada yang mencuba mod ini, sudah tentu mereka tidak akan lalui susah payah seperti sebelum ini dalam Elden Ring.

Walaupun tidak ramai pemain Elden Ring yang memerlukan mod senang ini, tetapi untuk bermain secara bersahaja ia mungkin lebih menyeronokkan pada pemain lain. Bukan setakat itu sahaja, banyak speedrun yang dilakukan pemain untuk berlumba menghabiskan game ini. Ada juga yang mampu menghabiskannya di bawah catatan masa 30 minit. Memang dahsyat sungguh pemain Elden Ring.
Korang pula bagaimana? Kalau ada yang rasa Elden Ring terlampau susah, bolehlah guna mod ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Elden Ring, sila klik pautan ini.
Sumber: Thegamer

@gamersantaimy
Discussion about this post