Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cara-cara pindahkan screenshot & gameplay dari PS5 ke smartphone – update terbaru PS App

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 11, 2022
in Artikel, Berita, Panduan, PS5
0 0
0
Cara-cara pindahkan screenshot & gameplay dari PS5 ke smartphone – update terbaru PS App
Share on FacebookShare on Twitter

Nak berkongsi screenshot atau gameplay dari konsol PlayStation ke smartphone kita bukanlah kerja yang mudah. Nasib baik lah, PlayStation menambah ciri baru yang “sepatutnya meningkatkan pengalaman pengguna PS5”. Secara ringkas, pemain kita boleh pindahkan screenshot dan gameplay mereka dari PS5 terus ke smartphone secara automatik melalui update terbaru PS App dan tujuan artikel ini adalah untuk menerangkan cara-caranya.

*Ciri ini hanya untuk konsol PS5 sahaja dan tidak tersedia untuk PS4.*

Untuk membolehkan screenshot dan gameplay dimuat naik secara automatik, pastikan korang “link” PS5 ke aplikasi PS App. Itu langkah pertama!

Aktifkan ciri “Captures” di PS App

  1. Buka PlayStation App dan pilih Library. 
  2. Pergi ke Captures dan tekan Enable.

Aktifkan “auto-upload” di konsol PS5

  1. Pergi ke Media Gallery.
  2. Sebuah popup akan muncul di mana korang boleh tekan untuk mengaktifkan ciri ini.

Atau;

  1. Pergi ke Settings > Captures and Broadcasts > Captures. 
  2. Tekan Auto-Upload.
Sumber: GamingIntPhoto1

Sebaik sahaja mengaktifkan “auto-upload”, sebarang screenshot dan video yang ditangkap pada konsol PS5 akan dimuat naik secara automatik. Korang boleh melihat media ini di PS App dengan memilih Library> Captures. Apabila melihat media ini, anda kemudian dapat:

  • Pilih Download untuk menyimpan media ke peranti.
  • Pilih Share dan kemudian “party untuk berkongsi media melalui Game Base.
  • Pilih Share > Share via untuk menghantar media menggunakan aplikasi lain yang disokong pada peranti seperti Facebook, Twitter, dan sebagainya.

Menurut halaman FAQ, ciri ini hanya membenarkan “video gameplay bukan 4K bawah 3 minit” dan “screenshot yang diambil daripada Create Menu atau butang shortcut Create Menu.” Walaupun boleh diakses melalui PS App, setiap media (tidak kira gambar atau video) hanya akan disimpan selama 14 hari sebelum dibuang daripada cloud server.

Saya harap panduan di atas mudah untuk difahami supaya korang pun boleh pindahkan screenshot dan video gameplay dari PS5 ke smartphone tanpa masalah!

Sama ada untuk upload di media sosial atau sekadar berkongsi dengan kawan, memindahkan media dari konsol ke smartphone adalah kemudahan yang bagus. Dahulu, kita perlu memindahkan semuanya secara manual menggunakan USB, tetapi cara itu dianggap terlalu leceh. Memandangkan majoriti game sekarang mempunyai visual yang cantik dan gameplay yang menarik, kita pun boleh berkongsi kepada dunia keindahan game itu.

Tags: GameplayPS Appps5screenshotSmartphone
Previous Post

One Piece dan Digimon Ghost Game ditunda selepas laman Toei Animation diserang hacker!

Next Post

Bab terbaru manga Jujutsu Kaisen ditunda atas faktor kesihatan mangaka!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
Next Post
Bab terbaru manga Jujutsu Kaisen ditunda atas faktor kesihatan mangaka!

Bab terbaru manga Jujutsu Kaisen ditunda atas faktor kesihatan mangaka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd