Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Selepas 3 tahun, Tokyo Game Show 2022 akan diadakan sebagai acara fizikal

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 1, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Pameran/Expo
0 0
0
Selepas 3 tahun, Tokyo Game Show 2022 akan diadakan sebagai acara fizikal
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas tiga tahun dalam talian, Tokyo Game Show akan kembali sebagai acara fizikal buat kali pertama pada tahun 2022!

Acara ini akan berlangsung dari 15 hingga 18 September di Chiba, Jepun – di mana dua hari pertama akan dibuka kepada pelawat perniagaan sahaja, sebelum dibuka kepada orang ramai untuk dua hari terakhir. Bahasa rasmi TGS adalah bahasa Jepun tetapi penterjamahan bahasa Inggeris secara langsung juga tersedia untuk tetamu. Acara itu akan diadakan di salah satu pusat konvensyen terbesar Jepun, Makuhari Messe, seperti tahun-tahun sebelumnya.

Tokyo Game Show 2021 merupakan hibrid, dengan gabungan acara bersemuka dan aktiviti dalam talian. Untuk tahun 2022, penekanan lebih tertumpu pada fizikal dan secara bersemuka kerana ia memperkenalkan tema: ‘Nothing Stops Gaming’. Tokyo Game Show 2022 akan mempunyai demo bagi beberapa game terkenal yang boleh dimainkan dari rumah, serta VR berbentuk interaktif dan lawatan maya.

“Sepanjang dua tahun ini, pelbagai acara menyeronokkan hilang daripada kehidupan seharian kami, tetapi game masih menceriakan hari kami. Game akan terus menceriakan hari semua orang kini dan selama-lamanya – tema tahun ini membayangkan keazaman yang begitu kuat”.

kata Computer Entertainment Supplier’s Association semasa mengumumkan TGS.

Dalam jadual penuh, ramai penganjur berminat untuk menekankan tema ‘Nothing Stops Gaming’ pada tahun ini dan semangat mereka dapat dilihat selepas seluruh dunia melihat impak yang dibawa oleh gaming kepada orang ramai sepanjang tahun-tahun hidup dalam keadaan pandemik ini. Bak kata penganjur; “2022 adalah tahun untuk tunjukkan semangat sebenar gaming”.

Bagi mereka yang menonton dari jauh, TGS boleh ditonton secara siaran langsung melalui YouTube, Twitch dan Twitter dari peserta pameran dan pihak penganjur. Untuk melihat senarai acara yang lebih terperinci, korang boleh membaca artikel Gematsu.

Tags: 2022acaratokyo game show
Previous Post

Acer mendahului pasaran Chromebook global pada Q4 2021

Next Post

20 watak dengan “Bounty” paling tinggi dalam siri One Piece

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
20 watak dengan “Bounty” paling tinggi dalam siri One Piece

20 watak dengan "Bounty" paling tinggi dalam siri One Piece

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd