Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem anime Bubble oleh Netflix akan ditayangkan pada 28 April 2022

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 1, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Netflix
0 0
0
Filem anime Bubble oleh Netflix akan ditayangkan pada 28 April 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix telah mengeluarkan treler dan poster visual utama untuk Bubble, serta menawarkan banyak lagi info tambahan tentang filem anime akan datang ini yang dibuat oleh pengarah Tetsuro Araki dan WIT studio. Penyanyi-penulis ‘Eve’ dari Jepun -juga terkenal dengan karyanya dalam anime Jujutsu Kaisen- akan mempersembahkan lagu tema utama.

Filem anime Bubble oleh Netflix akan ditayangkan di seluruh dunia pada Khamis, 28 April 2022. Berikut adalah treler rasmi:

Seperti saya kata di atas, filem anime ini menghimpunkan pelbagai nama popular dan berbakat dari industri anime termasuk pengarah Tetsuro Araki dan WIT Studio, yang terkenal kerana anime Attack on Titan. Bubble adalah berdasarkan lakon layar oleh Gen Urobuchi (Puella Magi Madoka Magica) dan menampilkan reka bentuk watak oleh Takeshi Obata (Death Note) dan muzik oleh Hiroyuki Sawano (Promare). RiRia, seorang penyanyi terkenal yang popular di TikTok dan YouTube, akan menyuarakan watak heroin iaitu Uta.

Sinopsis:

Kisah ini berlatarkan Tokyo, selepas buih yang melanggar undang-undang graviti menghujani dunia. Terputus dari dunia luar, Tokyo telah menjadi taman permainan untuk sekumpulan anak muda yang kehilangan keluarga, dan berfungsi sebagai medan perang untuk pertempuran pasukan parkour di mana mereka melompat dari bangunan ke bangunan.

Hibiki, seorang lelaki muda yang terkenal dengan gaya permainannya yang berbahaya, membuat gerakan melulu suatu hari dan jatuh ke dalam laut. Nyawanya diselamatkan oleh Uta, seorang gadis dengan kuasa misteri yang muncul secara tiba-tiba. Pasangan itu kemudian mendengar bunyi unik yang hanya boleh didengari oleh mereka. Mengapakah Uta muncul sebelum Hibiki? Pertemuan mereka membawa kepada rahsia yang akan mengubah dunia.

Butiran projek:

  • Pengarah: Tetsuro Araki (Attack on Titan)
  • Lakon layar: Gen Urobuchi (Puella Magi Madoka Magica)
  • Reka bentuk watak: Takeshi Obata (Death Note)
  • Muzik: Hiroyuki Sawano (Promare)
  • Produser: Genki Kawamura
  • Studio produksi: WIT Studio (Attack on Titan)
  • Lagu tema “Bubble featuring Uta” oleh Eve (Jujutsu Kaisen)
  • Pelakon suara: Jun Shison, Riria, Mamoru Miyano, Yuki Kaji, Tasuku Hatanaka, Sayaka Senbongi, Marina Inoue, Shinichiro Miki, Alice Hirose

Untuk maklumat lanjut tentang filem Bubble oleh Netflix, sila tekan pautan ini.

Tags: animeBubblenetflix
Previous Post

Sony menamatkan perkhidmatan untuk PS3 di Jepun

Next Post

Server Elden Ring akan ditutup sementara untuk membetulkan fungsi multiplayer

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Server Elden Ring akan ditutup sementara untuk membetulkan fungsi multiplayer

Server Elden Ring akan ditutup sementara untuk membetulkan fungsi multiplayer

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd