Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gotenks akan muncul dalam Dragon Ball Super: Super Hero

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 22, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Gotenks akan muncul dalam Dragon Ball Super: Super Hero
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, kita dapat melihat poster promosi terbaru untuk filem akan Dragon Ball Super yang menunjukkan Goten dan Trunks versi dewasa. Tetapi menurut laporan baru -sebuah iklan untuk barangan Dragon Ball Super: Super Hero, tanpa sengaja, telah mengesahkan kemunculan Gotenks dalam filem yang sama.

Berita ini terbocor apabila Dragon Ball berkongsi tentang beberapa merchandise/barangan akan datang yang dibuat khas untuk filem Super Hero. Di sini, jenama UDM Burst mempaperkan dua set keychain yang dilabel sebagai “set 50” dan “set 51” yang memfokuskan pada watak dalam filem. Untuk “set 50”, kita dapat melihat Goku, Piccolo dan juga penjahat baru iaitu Gamma 1 dan Gamma 2. Tetapi jika anda lihat pada “set 51”, nampaknya Gotenks pun terselit sekali.

Walau bagaimanapun, ini bukan Gotenks yang sama kita lihat di Dragon Ball Z. Daripada Gotenks yang badan sasa, kita dapat Fat Gotenks yang merupakan hasil jika teknik “Fusion” disalah buat. Bukan itu sahaja, Vegito dan Broly juga akan membuat penampilan.

Kes ini sama seperti kontroversi Cell pada minggu lepas. Pertama sekali, merchandise ini dibuat khas berdasarkan watak akan datang dalam filem Dragon Ball Super: Super Hero, yang secara tidak langsung, mengesahkan kemunculan Gotenks dan Vegito. Kali terakhir kita melihat Gotenks adalah semasa “Copy-Vegeta Saga” (sebelum Future Trunks Saga) dari anime Dragon Ball Super. Buat masa ini, saya tidak tahu bagaimana dia akan muat dalam jalan cerita filem Super Hero, tetapi tidak perlu kata, hype-nya memang tinggi lah.

Dragon Ball Super: Super Hero akan ditayangkan di pawagam Jepun pada 22 April.

Untuk segala liputan kami tentang Dragon Ball, sila tekan pautan ini.

Tags: animeDragon Ball SuperDragon Ball Super: Super HeroGotenks
Previous Post

Musim kedua anime ‘Classroom of the Elite’ rasmi dalam pembikinan

Next Post

ROG Malaysia mengumumkan laptop Zephyrus M16 & barisan Strix G, harga bermula RM5399

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Indie Wavemakers 2026 Bawa Kolaborasi Menarik Bersama charc+r Fest – Dua Acara, Satu Tiket
Acara

Indie Wavemakers 2026 Bawa Kolaborasi Menarik Bersama charc+r Fest – Dua Acara, Satu Tiket

June 29, 2026
Mahu PC Edisi Terhad? Koleksi Ultra-Premium ASUS ROG “Edition 20” Kini Di Malaysia
Teknologi

Mahu PC Edisi Terhad? Koleksi Ultra-Premium ASUS ROG “Edition 20” Kini Di Malaysia

June 26, 2026
10 Lagu Tema Anime Paling Ikonik Pilihan Pakar Muzik Dunia
Anime

10 Lagu Tema Anime Paling Ikonik Pilihan Pakar Muzik Dunia

June 26, 2026
Next Post
ROG Malaysia mengumumkan laptop Zephyrus M16 & barisan Strix G, harga bermula RM5399

ROG Malaysia mengumumkan laptop Zephyrus M16 & barisan Strix G, harga bermula RM5399

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd