Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Jujutsu Kaisen kena sensor di Malaysia, kes AOT terjadi sekali lagi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 17, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga Jujutsu Kaisen kena sensor di Malaysia, kes AOT terjadi sekali lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Pada Februari tahun lepas, Malaysia menjadi viral selepas mendapati watak-watak dalam manga Attack On Titan memakai ‘seluar dalam hitam’, sarong dan sebagainya untuk ‘menutup aurat’. Kini untuk Februari 2022, Jujutsu Kaisen pula adalah manga seterusnya untuk kena sensor di Malaysia menurut laporan dari SAYS.

Dikongsi melalui group Facebook ‘subtle malaysian traits’, seorang netizen bernama Kelsey Mun merasa terkejut selepas melihat Mei Mei — salah satu watak sokongan Jujutsu Kaisen — ‘menutup aurat’ di sebuah kedai buku terkenal di Kuala Lumpur. Secara lebih khusus lagi, imej yang ditapis adalah muka depan untuk jilid ke-12 manga Jujutsu Kaisen yang ditutup memakai kertas putih di bahagian dada.

Muka depan untuk jilid lain Jujutsu Kaisen di tidak ditapis kerana tidak menunjukkan imej “eksplisit”. Menurut SAYS, Mun berkata dia terhibur dengan penapisan ini dan dia tidak faham mengapa muka depan manga perlu ditutup dengan sehelai kertas.

“Ia bukan menunjukkan payudara,” lalu menambah, “Ini mengingatkan saya tentang Attack On Titan memakai seluar sekali lagi.”


Imej original tidaklah menunjuk bahagian dada, cuma watak tersebut “posing” dalam cara yang agak “eksplisit” di mana rambut dan lengan tangan menutup bahagian dada. Berikut adalah gambar perbandingan:

Bukan Jujutsu Kaisen sahaja yang kena. Seorang netizen juga memberitahu bahawa muka depan untuk manga Chainsaw Man turut kena sensor. Imej di bawah adalah untuk manga Chainsaw Man jilid 6 yang menunjukkan Reze (salah satu watak sokongan) sedang telanjang bulat sambil menutup bahagian “penting”. Berikut adalah gambar perbandingan:

Sumber – Jonathan Ng Hann Tung

Bagi kes tahun lepas tentang Attack on Titan, seorang pengguna Twitter bernama @WallyyTheGreat memuat naik imej Attack on Titan versi Malaysia yang menunjukkan adegan Attack Titan melawan Warhammer Titan. Yang peliknya dalam gambar itu ialah kedua-dua Titan tersebut memakai seluar dalam. Tidak lama kemudian, netizen mula mengedit gambar tersebut sehingga mereka memakai sarong, baju kurung dan lain-lain.

Apa pendapat anda tentang kes Jujutsu Kaisen dan Chainsaw Man kena sensor di Malaysia? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Sumber – SAYS (segala hak gambar adalah hak milik individu yang dinamakan)

Tags: Jujutsu KaisenMalaysiamangasensor
Previous Post

Sony umumkan peraduan untuk menang PS5 percuma

Next Post

Demo percuma Cyberpunk 2077 tersedia sekarang di PS5 & Xbox Series X

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Demo percuma Cyberpunk 2077 tersedia sekarang di PS5 & Xbox Series X

Demo percuma Cyberpunk 2077 tersedia sekarang di PS5 & Xbox Series X

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd