Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pembunuhan ahli keluarga menyebabkan polis Pakistan meminta PUBG diharamkan!

Maira by Maira
February 7, 2022
in Artikel, Berita, Game, Shooter
0 0
0
Pembunuhan ahli keluarga menyebabkan polis Pakistan meminta PUBG diharamkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Polis Pakistan meminta agar game PUBG diharamkan setelah seorang remaja membunuh keluarganya selepas seharian bermain game tersebut. Dikatakan remaja tersebut marah terhadap keluarganya dan menembak mati ibunya, abangnya dan dua orang kakak pada 18 Januari yang lalu.

Remaja tersebut dikenali sebagai Ali Zain. Ketika dia disoal siasat oleh polis, Ali mengatakan bahawa game tersebut yang mendorongnya untuk melakukan pembunuhan tersebut. Imran Kishwar, pegawai penyiasatan polis menyatakan bahawa kes ini bukanlah kejadian yang pertama. Ini juga menjadi sebab mengapa polis Pakistan mencadangkan agar game PUBG diharamkan. Tambahnya lagi, Ali terlalu ketagih dengan game itu dan berkurung berhari-hari dalam bilik untuk bermainnya. Menurut media pula, Ali menembak ahli keluarganya dan menyangka mereka akan “respawn” sama seperti dalam game.

PUBG sememangnya popular dalam kalangan gamer lebih-lebih lagi ianya sudah menjadi percuma untuk dimainkan serta tersedia dalam peranti mudah alih. Ia merupakan sebuah game FPS Battle Royale dimana pemenang merupakan orang terakhir hidup. Jadi, pemain perlu membunuh setiap pemain yang dijumpai mereka untuk menjadi pemenang.

Apabila melihat kes seperti ini, memang tidak pelik mengapa beberapa negara telah mengharamkan game yang mengandungi keganasan yang melampau. Selepas pengharaman PUBG di China pada 2019, negara lain seperti India, Nepal, dan Iraq juga mengikuti langkah tersebut.

Kita di Malaysia juga hampir mengharamkan game PUBG tetapi pejabat mufti wilayah telah mengeluarkan fatwa untuk memakruhkan game tersebut kerana ia mempunyai unsur yang membuang masa dan menjadi haram sekiranya pemain melanggar batas-batas yang ditetapkan syarak termasuk meninggalkan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Kepada gamer sekalian, janganlah anda terlampau taksub sehingga tidak dapat membezakan dunia game dan realiti. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game, sila klik pautan ini.

Sumber: soyacincau, NST

Tags: haramPakistanpubg
Previous Post

Daftar di laman web PSVR 2 untuk menerima info terkini tentang pre-order

Next Post

Ghostwire: Tokyo hanya makan saiz 20GB, spesifikasi PC & harga rasmi MY

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI
Berita

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI

October 13, 2026
Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

Next Post
Ghostwire: Tokyo hanya makan saiz 20GB, spesifikasi PC & harga rasmi MY

Ghostwire: Tokyo hanya makan saiz 20GB, spesifikasi PC & harga rasmi MY

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd