Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Razer Kiyo X – Webcam cun pada harga mampu milik

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 4, 2022
in Aksesori, Artikel, Berita, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Review Razer Kiyo X – Webcam cun pada harga mampu milik
Share on FacebookShare on Twitter

Razer tiap tahun tidak berhenti membuat inovasi baru dan ia bukan sahaja untuk peralatan gaming semata-mata, malah untuk pelbagai aksesori harian lain, demi memuaskan hati pengguna. Inilah yang mereka lakukan dengan webcam terbaru – Razer Kiyo X.

Razer Kiyo X ialah webcam “budget” khusus untuk para gamer yang ingin melakukan aktiviti seperti streaming atau penggunaan harian lain termasuk mesyuarat secara online. Secara kebetulan, kami mendapat peluang untuk mencuba webcam canggih ini, jadi di bawah adalah review saya untuk Razer Kiyo X!

Reka Bentuk Unik

Kiyo X mempunyai reka bentuk bulat untuk bahagian utama kamera. Dibahagikan kepada tiga; bahagian paling luar adalah tempat perlindungan serta ruang mikrofon dan lampu notifikasi di bahagian atas, bahagian kedua mempunyai logo tertulis Razer dan akhir sekali adalah bahagian paling dalam iaitu kanta kamera.

Untuk perlindungan, kanta kamera mempunyai Corning Gorilla Glass 3 untuk melindunginya daripada calar atau mudah pecah apabila terjatuh. Bagi saiz, Kiyo X mempunyai diameter 2.53 inci dengan ketebalan sebanyak 3.15 inci. Malangnya, kabel tidak boleh ditanggalkan seperti versi Pro jadi ia boleh jadi agak menjengkelkan apabila kabelnya tersimpul. Saya sendiri mempunyai masalah untuk menyusun kabel supaya meja nampak kemas kerana panjang kabel adalah kira-kira 1.5 meter.

Selain itu, Razer Kiyo X menggunakan stand berbentuk L sebagai tapak. Ini menjadikannya agak mudah untuk memasang di pelbagai peranti, sama ada monitor, di atas PC, atau pun pada tripod. Boleh dilaraskan hingga 125 darjah, webcam ini memang sangat fleksibel.

Kualiti imej cantik dan “smooth”

Razer Kiyo X menawarkan spesifikasi; kamera 1080p 30 FPS untuk imej dengan resolusi jelas atau 720p 60 FPS jika anda mahukan imej yang lebih lancar pada frame rate lebih tinggi. Korang boleh saling menukar antara dua mode ini sesuka hati atau berdasarkan sambungan Internet yang korang miliki. Saya selitkan beberapa gambar contoh supaya korang boleh melihat kualiti gambar. Sejujurnya, ini bukanlah kualiti terbaik pernah saya lihat tetapi pada nilai harga yang Kiyo X tawarkan, saya sendiri tidak akan merungut kerana cukup bagus.

Selain itu, sudut pandang (viewing angle) pada kamera menyokong sehingga 81.6 darjah serta sokongan audio decoder yang menggunakan 16bit 48khz jika korang memilih untuk menggunakan built-in mikrofon pada webcam. Jadi tidak perlu lah kita risau untuk beli mikrofon berasingan. Untuk aspek sambungan, webcam ini menggunakan USB “plug-and-play”. Hanya tinggal untuk cucuk sahaja dan jika lampu menyala, maksudnya ia siap sedia untuk digunakan. Andai kata ada lapisan untuk tutup kanta bagi tujuan keselamatan, memang cukup sempurna. Malangnya, tiada.

Razer Synapse memudahkan segalanya

Setiap jenama mempunyai aplikasi untuk menyokong produk mereka, dan tugas Synapse adalah untuk mempersembahkan pelbagai ciri bagi produk Razer. Diakui sebagai salah satu aplikasi customization paling hebat tapi “easy to use”, fungsi Synapse untuk webcam tidak kurang hebatnya.

Sebagai contoh, kita boleh menukar tetapan pencahayaan seperti kecerahan, kontras, saturation, white balance dan lain-lain. Malah, kita boleh menukar pencahayaan mengikut persekitaran sekeliling, sama ada ke arah kontras “warm” atau “cool”. Segala-galanya juga boleh ditukar secara automatik agar sesuai dalam apa jua keadaan.

Bukan itu sahaja, Razer Synapse juga menyokong fungsi lain seperti mengubah tetapan zoom, exposure, panorama, trilt, untuk memfokuskan pada bahagian penting. Untuk memudahkan urusan kita, terdapat juga ciri autofokus jika korang jenis pengguna yang tidak suka perkara rumit. Walau bagaimanapun, pada pendapat saya, autofocus kadangkala agak perlahan, terutamanya jika kita ingin memfokus pada satu objek khusus. Jadi, lebih baik kita buat sendiri.

Pendapat

Kiyo Pro: Kiri // Kiyo X: Kanan

Secara keseluruhan, Razer Kiyo X adalah webcam budget yang bagus walaupun datang daripada jenama yang terkenal kerana produknya yang premium. Dengan itu, saya mengesyorkannya untuk mereka yang baru ingin mula kegiatan streaming kerana mampu menyokong resolusi 1080p yang jelas atau 720p lancar. Imej yang terhasil pun boleh tahan bagus (walaupun bukan yang terbaik) dan boleh digunakan untuk aktiviti harian tanpa masalah.

Salah satu kelebihan webcam ini terletak pada reka bentuknya yang cukup selesa untuk digunakan dalam pelbagai keadaan dan platform. Sangat-sangat ergonomik. Sama ada korang mahu menggunakannya di PC, atau tripod, ia mudah untuk diposisikan serta mempunyai bahan yang kukuh. Nak guna pun mudah kerana webcam ini jenis plug-and-play dan tidak perlu apa-apa setup yang rumit. Bersama bantuan Synapse, segala tetapan boleh ditukar mengikut apa yang kita mahu.

Satu-satunya kekurangan terletak pada kabel yang tidak boleh tanggal. Penutup kanta pun tidak ada untuk tujuan keselamatan sedangkan perkara ini sudah menjadi kebiasaan dalam pasaran webcam moden.

Jika berminat untuk mendapatkan Razer Kiyo X, korang boleh membeli webcam ini di halaman Shopee pada nilai harga RM349.00. Harganya memang berpatutan untuk mereka yang ingin webcam hebat penuh fungsi pada harga murah tanpa mengorbankan banyak aspek. Untuk maklumat lanjut termasuk spesifikasi penuh, sila tekan pautan ini.

 plugged in and used easily and easily assembled. It is very convenient for you to take it out with you. However, you need to pay attention to the storage of the fixed wire to avoid bending damage. If you are still choosing a camera, you can consider the Razer Kiyo X, which is priced at RM349 . For more details, players can go to the official website to check.

Spesifikasi

Video Resolution1080p/30fps, 720p/60fps, 480p/30fps, 360p/30fps
Field of View82°
Image Resolution2.1 Megapixel
Still Image Resolution1920×1080
Video ResolutionUSB 2.0
Focus TypeAuto
Video ResolutionL shape joint and Tripod (not included)
Cable Length1.5 meters braided cable
Audio Codec16bit 48KHz
Polar patternsOmni-directional

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: razerRazer Kiyo XreviewWebcam
Previous Post

Asalnya untuk pengajian, pemain Genshin Impact disyaki salah guna wang sumbangan itu!

Next Post

Ini antara filem hebat Netflix pada tahun 2022! Semuanya gempak belaka!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Ini antara filem hebat Netflix pada tahun 2022! Semuanya gempak belaka!

Ini antara filem hebat Netflix pada tahun 2022! Semuanya gempak belaka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd