Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sebanyak 70% game developer tidak berminat dalam NFT, label sebagai “skim piramid”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 25, 2022
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Sebanyak 70% game developer tidak berminat dalam NFT, label sebagai “skim piramid”
Share on FacebookShare on Twitter

Ubisoft, Square Enix, dan malah Konami sedang sibuk dalam urusan NFT, jadi saya faham kenapa ramai yang ingin menceburinya memandangkan banyak nama besar pun menyokong. Tetapi menurut kajian baru, sebanyak 70% game developer sebenarnya tidak berminat dengan kegiatan NFT.

Menurut kajian tahunan “State of the Game Industry Report” di acara The Game Developers Conference, mereka bertanya kepada total 2,700 developer jika studio masing-masing berminat atau tidak dalam NFT. Sebanyak 70% berkata “tidak berminat”, 21% berkata “agak berminat”, 7% berkata “sangat berminat”, dan 1% berkata mereka sudah memulakan projek NFT.

Tinjauan itu juga bertanya, “Apakah minat studio anda terhadap mata wang kripto sebagai alat pembayaran” di mana peratus yang menjawab adalah lebih kurang sama seperti di atas. Tinjauan ini kemudian bertanya tentang “pendapat developer akan mata wang kripto dan NFT yang kini digelar “masa depan gaming.”

Ubisoft Quartz

GDC melaporkan begini, “Sebahagian besar responden menentang kedua-dua amalan itu, dan menyatakan potensinya untuk menipu, kebimbangan keseluruhan tentang pengewangan dan kesan alam sekitar.” Antara komennya adalah seperti berikut;

“Saya tidak faham mengapa ia belum dikenal pasti sebagai skim piramid.”

“Teknologi ini masih belum kukuh dan menjadi sasaran untuk pelaburan wang haram.”

“Sebagai developer, saya rasa amat tidak selesa kerana ada yang menyokongnya.”

“Apakah faedah meletakkan sistem ini dalam game kami? Siapa yang menggunakannya? Rasanya seperti jumlah pengguna pun sangat kecil.”

Konami baru-baru ini menjual NFT “peta Dracula’s Castle dalam game Castlevania pada harga $26,538.96

Walaupun ramai ada masalah dengan NFT, banyak syarikat besar telah mula memanfaatkan sistem ini di dalam game mereka. Ubisoft bermula dengan mikrotransaksi Ghost Recon manakala Konami menjual pelbagai jenis JPEG Castlevania sempena ulang tahunnya yang ke-35. Malangnya, masing-masing tidak dapat sambutan yang diinginkan.

Sumber – VGC

Tags: Game developerGamingNFT
Previous Post

Lebih kurang 30 jam untuk tamatkan Elden Ring menurut kata produser Yasuhiro Kitao

Next Post

Maklumat terperinci untuk Stranger of Paradise: Final Fantasy didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Maklumat terperinci untuk Stranger of Paradise: Final Fantasy didedahkan!

Maklumat terperinci untuk Stranger of Paradise: Final Fantasy didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd