Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Monster Hunter Rise PC – Pengalaman bermain yang berbeza dari versi konsol!

Maira by Maira
January 21, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Review, Review
0 0
0
[Review] Monster Hunter Rise PC – Pengalaman bermain yang berbeza dari versi konsol!
Share on FacebookShare on Twitter

Monster Hunter Rise PC sudah dilancarkan minggu lepas di Steam. Ini merupakan entri terbaru francais Monster Hunter di PC. Game ini sudah lama dilancarkan pada platform Switch, dan akhirnya kini pemain PC juga berpeluang untuk bermain game ini. Kandungan untuk game ini adalah sama dengan versi Switch tetapi dengan beberapa penambahbaikan baru. Kalau anda ingin tahu, jom baca review saya untuk port PC Monster Hunter Rise.

Apa yang baru untuk Monster Hunter Rise PC?

Bercerita mengenai kandungannya, tidak banyak perkara eksklusif selain daripada prestasi dan beberapa ciri lain yang hebat. Ini termasuk sokongan untuk resolusi 4K, uncapped frame rate, grafik yang lebih baik dan pelbagai filter yang membolehkan anda menukar suasana keseluruhan gameplay supaya kelihatan seperti filem Jepun lama dan sebagainya. Ia merupakan tambahan yang hebat dan cukup bagus untuk memberikan pengalaman bermain yang lebih baik.

Versi PC sudah disertakan dengan semua kandungan percuma sehingga kemas kini versi 3.6.1 (yang mempunyai kerjasama Sonic the Hedgehog), jadi anda tidak perlu risau tentang ketinggalan kandungan. Tetapi base game ini tidak datang dengan dengan segala-galanya, kerana terdapat banyak DLC yang boleh anda beli secara berasingan. Syukurlah kebanyakkannya hanyalah kosmetik. Jadi, semua kandungan yang berkaitan dengan quest baru adalah percuma sepenuhnya dengan base game.

Prestasi port PC

Membawa Monster Hunter Rise ke PC pastinya memberikan Capcom lebih banyak kebebasan untuk menjadikannya versi terbaik dari yang lain. Berbeza dengan versi Switch, versi PC ini mengutamakan kualiti dan prestasi gameplay. Ia dihasilkan untuk Switch pada awalnya, jadi tidak peliklah mengapa ia tidak terlalu bergantung pada sistem hebat seperti Monster Hunter World. Saya bermain game ini dengan spesifikasi PC seperti di bawah:

  • CPU: Intel i5-9300H
  • GPU: GTX 1660 Ti 6GB
  • RAM: 16 GB

Saya masih boleh bermain pada tetapan maksimum dengan resolusi 1080p dan ia mengunakan 5.48 GB daripada keseluruhan VRAM PC. Game ini berfungsi dengan lancar dengan FPS yang konsisten melebihi 60 dengan sedikit penurunan yang rawak tetapi keseluruhannya ia sangat boleh dimainkan. Saya tidak menemui sebarang bug atau crash semasa bermain secara solo dan dalam talian. Satu perkara yang saya perhatikan ialah game ini mempunyai beberapa masalah koyakan yang berat, jadi jika anda berjaya memainkannya dengan FPS yang tinggi, lebih baik untuk menghidupkan Vsync itu.

Perkara yang perlu dilihat sebelum bermain

Versi PC memang seperti game yang hebat dan mungkin membuatkan pemain baru untuk membandingkannya dengan versi Switch. Tetapi ada beberapa perkara yang anda perlu ambil tahu untuk keluaran baru ini.

Ini hanyalah perkara lama, tetapi semasa Capcom mula melepaskan demo PC tahun lepas, ada pemain yang tidak dapat bermainnya kerana terdapat isu grafik. Game itu memberikan glitch dan tidak mampu untuk load texture dengan elok bermula dari main menu, di mana anda sepatutnya melihat Hinoa dan Minoto menyanyi di Kamura Village, tetapi apa yang menanti hanyalah tekstur kampung yang terapung . Masalah ini berterusan walaupun anda cuba mengakses character creation dan bermain game tersebut.

Perkara sama yang berlaku semasa game dilancarkan dan nampaknya ramai lagi yang mempunyai masalah yang sama. Apabila disiasat, rupanya anda tidak boleh memainkan Monster Hunter Rise PC tanpa GPU yang menyokong sepenuhnya DirectX 12. Sejak permainan dilancarkan minggu lepas, terdapat banyak laporan daripada pemain tentang isu save data. Pada asasnya ramai pemain tidak boleh menyimpan progress walaupun dicuba banyak kali.Sebenarnya terdapat beberapa pembetulan yang pemain lain berjaya temui, contohnya seperti mematikan “Enabled Steam Cloud Sync” daripada tetapan Steam, walaupun pada masa yang sama ia bukan pembetulan yang dijamin untuk semua orang. Bagi saya, game ini berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah. Jadi, setiap pemain mungkin merasai pengalaman yang berbeza.

Sebelum membeli game ini, lebih baik anda selidik dahulu prestasinya dengan pemain yang menggunakan sistem sama seperti anda. Dan ingat bahawa game ini tidak menyokong cross-platform dan cross-save. Kalau anda pemain Switch yang ingin menggunakan save data Switch, malang sekali anda tidak boleh berbuat demikian.

Kesimpulan

Monster Hunter Rise sememangnya sebuah game yang bagus untuk dimainkan. Walaupun saya menikmati masa saya dengan game ini tahun lepas, bermainnya sekali lagi pada PC dengan grafik terbaik dan FPS yang lebih tinggi sangat menggembirakan saya walaupun terpaksa bermula dari awal. Walaupun mempunyai pengalaman yang begitu mantap, saya tidak dapat menafikan bahawa ia tidak bukanlah sempurna, kerana game ini masih mengalami beberapa isu untuk pemain lain. Jadi, jika anda benar-benar ingin mencubanya, cuba selidik dahulu kerana ada kemungkinan bahawa anda mungkin tidak begitu bernasib baik. Jika anda tidak mempunyai masalah, ia akan memberikan pengalaman terbaik dalam gaming.

Untuk membaca review lain daripada kami, sila klik pautan ini.

Muat turun di sini
Monster Hunter Rise
Publisher: Capcom
Release Date: 2021-03-26
Nintendo Switch
Monster Hunter Rise adalah permainan video permainan peranan yang akan datang dalam siri Monster Hunter, yang dikembangkan dan dihasilkan oleh Capcom untuk Nintendo Switch. Ia akan dikeluarkan pada 26 Mac 2021.
Tags: Monster Hunter Rise PCreview
Previous Post

“Let’s Play” bersama PlayStation untuk memenangi Angpau & nikmati tawaran diskaun!

Next Post

Eren Yaeger muncul dalam siri animasi China, Da Wang Rao Ming!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Eren Yaeger muncul dalam siri animasi China, Da Wang Rao Ming!

Eren Yaeger muncul dalam siri animasi China, Da Wang Rao Ming!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd