Sebagai spin-off berjaya dari siri Yakuza oleh Sega, Judgment dan sekuel terbarunya Lost Judgement telah menarik sambutan yang positif di seluruh dunia. Walaupun khabar angin mengatakan mereka tidak akan menerima sekuel lagi, ada sumber melaporkan yang francais Judgment kemungkinan besar sedang diadaptasikan kepada siri live action.

Maklumat ini berasal daripada Kotaku (melalui Nikkai Gendai, sebuah penerbitan Jepun) yang mendedahkan bahawa siri ini mungkin mendapat adaptasi TV untuk saluran Asahi TV, salah satu rangkaian televisyen paling popular di Jepun. Menurut Kotaku, tajuk tentatif buat masas ini ialah The Unjudged, atau Sabakarezaru di Jepun.Laporan juga menunjukkan yang Takuya Kimura (pelakon suara untuk game) akan sekali lagi akan membintangi watak utama dalam rancangan tersebut.

Bagi mereka yang kurang tahu, Judgment mengisahkan seorang bekas peguam bernama Takayuki Yagami, yang kemudian menjadi penyiasat peribadi di daerah Kamurocho, Tokyo. Pemain harus membantunya menyelesaikan penyiasatan yang berkait dengan tema bunuh diri, sambil turut beraksi seperti Yakuza ala-ala Kazuma Kiryu versi polis. Game Yakuza dan Judgment pula amat terkenal dengan kisah berstruktur episodik, yang ternyata amat sesuai untuk adaptasi live action televisyen.

Judgment boleh didapati sekarang di PlayStation 5, dan Xbox Series X|S sejak 25 Jun 2019, manakala sekuel terbarunya, Lost Judgment, telah dikeluarkan pada 24 September 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan Xbox Series X |S. DLC yang tertumpu kepada rakan baik Yagami, Masaharu Kaito, juga sedang dalam pembangunan, tetapi tiada tarikh rasmi diberikan. Pada masa yang sama, Yakuza 8 juga sedang dalam pembikinan.
Untuk baca segala liputan kami termasuk review tentang kedua-dua game, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post