Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tak sampai seminggu, God of War terus menakluk carta PC Steam

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 17, 2022
in ARPG, Artikel, Berita, Genre, PC, Steam
0 0
0
Tak sampai seminggu, God of War terus menakluk carta PC Steam
Share on FacebookShare on Twitter

Sementara menunggu ketibaan Ragnarok, pemain yang tidak sabar boleh melihat dulu Kratos dan Atreus melangkah ke alam PC. Baru sahaja dikeluarkan jumaat lepas, God of War PC telah menerima sambutan yang hebat, dan serta merta menakluk carta Steam sejak hari pertama.

Menurut SteamDB, God of War memperoleh jumlah pemain serentak tertinggi iaitu 57,764 di Steam dalam masa hanya 24 jam selepas pelancaran rasmi. Jumlah ini kemudian bertambah dan kini mencapai total 73,529. Pada saat penulisan, sebanyak 38,296 pemain sedang bermain sekaligus, jadi saya tidak terkejut jika jumlah ini akan bertambah pada esok hari.

Sama seperti versi PS$, God of War PC telah menerima banyak review yang positif. Dari 12,325 review, sebanyak 94.37% adalah positif, manakala selebihnya bercampur. Menurut Cory Barlog (pengarah God of War), port ini tidak akan menjadi kenyataan jika bukan kerana usaha “kolektif” daripada studio Sony.

Kedudukan carta pada minggu pertama pelancaran

“Saya fikir ia kerana kolektif segala studio yang menyatakan ini idea yang sangat bagus,” jawab Barlog apabila ditanya tentang usahanya untuk mencipta God of War PC. “Lama-kelamaan, saya rasa ia mencapai tahap kritis itu.

Apabila kami menghantar begitu banyak cadangan, mereka seperti, ‘Saya bosan mendengar semua ini. Baik, kami lakukannya.’ Ini adalah proses. Kami masih memikirkannya sebagai sebuah syarikat dan sebagai studio individu bagaimana untuk melakukannya dan apakah proses serta strategi.”

Bagi mereka yang tertanya sama ada God of War Ragnarok akan datang ke PC atau tidak, Barlog berkata, “Saya tidak tahu. Sekarang, kami menguruskan satu game pada satu masa.”

Selepas melihat kejayaan Days Gone, Horizon Zero Dawn, dan kini God of War, saya sendiri amat yakin dengan rancangan sony untuk membawa game eksklusif mereka ke PC. Sebagai salah satu game paling hebat di PS4, memang tidak hairanlah ramai warga PC pun tidak sabar untuk cuba God of War sehingga ia “meletup” di Steam. Kami juga menulis review untuk God of War PC yang korang boleh baca di SINI.

Tags: cartaGod of War PCsteam
Previous Post

Kementerian Belia dan Sukan bercadang mengiktiraf e-sukan sebagai sukan rasmi Malaysia

Next Post

Gambar pembangun game diedit ke majalah porno dan dijual sebagai karya NFT!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Stranger Than Heaven – Kawal Tangan & Kaki Secara Berasingan, Inilah Sistem Combat Berfungsi
Preview

Previu Stranger Than Heaven – Kawal Tangan & Kaki Secara Berasingan, Inilah Sistem Combat Berfungsi

July 22, 2026
LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Next Post
Gambar pembangun game diedit ke majalah porno dan dijual sebagai karya NFT!

Gambar pembangun game diedit ke majalah porno dan dijual sebagai karya NFT!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd