Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Stalker 2 kena delay panjang, akan keluar 8 Disember 2022

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 13, 2022
in Artikel, Berita, Genre, PC, Shooter, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Stalker 2 kena delay panjang, akan keluar 8 Disember 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Stalker 2 telah dikenakan tempoh delay yang panjang, selepas pasukan mengatakan bahawa game itu masih memerlukan “ujian dan penggilapan yang menyeluruh”. Ia kini ditetapkan untuk keluar pada 8 Disember 2022, tujuh bulan selepas tarikh keluaran asal.

Berita ini datang daripada daripada sebuah posting yang dikongsi di Twitter rasmi. Walaupun tidak dijelaskan terlalu terperinci, pasukan hanya mampu memberitahu yang tempoh masa tambahan ini membolehkan developer “memenuhi visi dan mencapai tahap yang diingini”. Proses pembikinan itu juga akan mengambil masa yang lama “selagi perlu”.

pic.twitter.com/E4bdKVmzxV

— S.T.A.L.K.E.R. OFFICIAL (@stalker_thegame) January 12, 2022

Nasib baiklah reaksi daripada peminat sangat positif, dan walaupun ada yang agak kecewa, mereka tidak sabar-sabar untuk mencuba Stalker 2 apabila ia dilancarkan secara rasmi

Image

Bagi mereka yang tidak tahu, Stalker 2 telah menjalani proses pembangunan yang sangat lama, di mana versi original pada mulanya dijangka akan keluar pada 2012. Ini terpaksa dibatalkan apabila developer GSC Game World dibubarkan pada tahun 2011. Ditubuhkan semula pada 2014, GSC Game World memulakan pembangunan sekali lagi pada tahun yang sama. Jika semua berjalan lancar, saya harap delay ini berbaloi untuk tunggu, kerana ramai peminat Stalker menunggu ansuran paling latest memandangkan game terakhir keluar pada tahun 2009.

Saya tidak pasti jika ini mempengaruhi keputusan di atas, tetapi Stalker 2 baru-baru ini terlibat dalam kontroversi NFT. Mereka mengumumkan ingin melaksanakan NFT dalam game, tetapi reaksinya yang diterima sangat negatif sehingga pelan itu terpaksa dibatalkan dengan cepat hanya beberapa hari selepas pengumuman.

pic.twitter.com/mffnmpiQiw

— S.T.A.L.K.E.R. OFFICIAL (@stalker_thegame) December 16, 2021

Sekali lagi saya ulang – Stalker 2: Heart of Chernobyl kena delay dan kini akan dilancarkan pada 8 Disember di Xbox Series X/S dan PC. Ini adalah game pertama dalam siri untuk mendapat keluaran konsol.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 2022delayStalker 2
Previous Post

Baru sehari PUBG percuma, ramai pemain lama yang minta refund dan review bomb!

Next Post

Belum keluar lagi tetapi ramai peminat AOT mengkritik Levi Bundle dalam COD Vanguard!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Belum keluar lagi tetapi ramai peminat AOT mengkritik Levi Bundle dalam COD Vanguard!

Belum keluar lagi tetapi ramai peminat AOT mengkritik Levi Bundle dalam COD Vanguard!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd