vivo memulakan tahun 2022 dengan pelancaran V23 5G dan selaras dengan azam baru, smartphone ini cuba untuk menawarkan rekaan unik dengan panel belakang yang boleh berubah warna, spesifikasi canggih untuk urusan kerja/gaming, dan pengalaman “selfie” yang lain daripada lain. Tetapi adakah ia betul-betul berbaloi? Di sini, saya telah menggunakan vivo V23 5G selama hampir dua minggu dan berikut adalah review saya!
Reka bentuk & Paparan

Dalam dunia di mana hampir semua smartphone kelihatan serupa, V23 cuba untuk menyerlah diri, dan ternyata misi ini tercapai. Unit review yang diberi kepada saya adalah vivo V23 5G varian Sunshine Gold yang boleh bertukar warna di panel belakang berkat bahan Fluorite AG Glass. Apabila menangkap cahaya matahari, warna emas tersebut akan bertukar kepada warna seakan-akan biru.

Saya cuba untuk menunjukkan kepada korang semua dalam gambar di atas, tetapi ia tidak secantik seperti depan-depan. Varian hitam bernama Stardust Black juga wujud tetapi rekaannya kurang kerana tidak ada teknologi bertukar warna.
Bagi port, kita ada USB-C untuk mengecas tanpa headphone 3.5mm. Kedua-dua butang power dan volume berada di bahagian sisi kanan.

Bersama paparan bersaiz 6.44 inci dengan resolusi 1080 x 2400 dan refresh rate 90Hz, ia menggunakan teknologi AMOLED, yang membuatkan warna kelihatan lebih cerah dan semulajadi.
Kamera
Kita pergi ke highlight utama vivo V23 iaitu kamera selfie-nya! Dilengkapi dengan kamera utama 50MP dan kamera ultra-wide 8MP, ia menyelesaikan satu isu lama di mana kita tidak dapat bergambar dengan jumlah orang yang ramai secara selfie. Ciri Natural Portrait pula memenuhi keperluan kecantikan dengan menawarkan pelbagai pilihan filter. Bukan sahaja tangkap gambar, V23 5G membolehkan pengguna merakam 4K video selfie sambil mengaktifkan ciri AI Face Beauty untuk mengurangkan proses post-editing supaya kita sentiasa kelihatan tip-top.
Satu lagi penambahan canggih adalah ciri “dual-tone spotlight yang membantu memberi cahaya dengan bantuan modul dwi cahaya. Khas untuk mereka yang suka selfie atau streamer/blogger, ciri ini sangat bagus sehingga korang tidak perlu aksesori ring light yang besar gedabak di rumah dan boleh terus merakam video atau ambil selfie walaupun keadaan malam. Cahaya ini boleh dipilih antara cold yang putih, default dan warm yang lebih ke arah oren.

“Teknologi canggih tapi takut kualiti kamera kurang?” Korang tidak perlu risau kerana kualiti imej sangat terperinci, warna pun nampak semula jadi dan ciri “eye-focus” memastikan muka kita sentiasa sharp dalam setiap selfie. Muka hensem/cantik, itu yang penting.

Di bahagian belakang pula, kita ada kamera utama 64MP, ultra-wide 8MP dan kamera makro 2MP. Sejujurnya, saya terlalu khusyuk dengan bahagian selfie sehingga jarang menggunakan kamera utama tetapi apa yang saya sedar adalah warna tidak tepat dan mungkin tidak memuaskan di mata para profesional manakala ia agak bergelut dalam situasi cahaya malap. Tetapi jika anda hanya ingin gambar yang cantik untuk media sosial, imej kamera terlebih cukup hebat.
Banyak penekanan diberi kepada kamera selfie V23 dan nasib baik, ia tidak mengecewakan saya. Bersama segala ciri yang saya sebutkan di atas, V23 5G adalah pakej terbaik untuk aktiviti selfie korang.
Prestasi gaming & UI
V23 5G menampilkan pemproses MediaTek Dimensity 920 dengan Dual 5G Standby, yang ramai anggap “sebagai processor mid-range dengan kuasa yang kuat”. Pemproses itu digandingkan dengan storan 256GB, memori 12GB RAM, teknologi Extended RAM 2.0 yang menawarkan memori 4GB tambahan, dan pilihan Ultra Game Mode.
Nampak komited untuk menyediakan pengalaman gaming premium, saya menguji Genshin Impact dan Call of Duty. Berikut adalah hasilnya:
Genshin Impact

Grafik sepenuhnya maksimum, saya tidak mengalami sebarang lag langsung semasa menggunakan Balance Mode atau Performance Mode. Cuma, suhu terus meningkat serta-merta apabila membuka game tetapi tidak sampai tahap yang saya rasa tidak selesa.
Call of Duty Mobile

Call of Duty Mobile boleh capai grafik “maksimum” beserta frame tertinggi. Pengalaman gaming saya memang lancar dan tidak rasa panas langsung semasa bermain. Mempunyai Esports Mode yang mengurangkan lag.

Berikut adalah hasil ujian daripada benchmark:
Walaupun sesi gaming lancar, mengendalikan peranti dalam keadaan idle kadangkala terasa berat. Fikir punya fikir – ia tidak mungkin oleh pemproses, tetapi mungkin kerana UI FunTouch OS 12 yang berat.
Walaupun menerima kelebihan yang datang bersama Android 12 terbaru, FunTouch OS 12 tetap penuh dengan “bloatware”. Dari segi layout dan reka bentuk, FunTouch 12 kini lebih kemas dan vivo telah melakukan usaha yang bagus untuk membuat keseluruhan pengalaman lebih user-friendly, tetapi itu tidak menjaminkan sistem akan menjadi lebih ringan.
Jangka hayat bateri

Kapasiti bateri adalah 4,200mAh dan ini agak sedikit memandangkan saiznya boleh tahan besar. Yang penting, ia tidak menjadi isu besar (harap-harap lah). V23 5G mempunyai FlashCharge 44W yang boleh mengecaskan bateri daripada 1% hingga 68% dalam masa 30 minit menurut vivo dan selepas mencuba, smartphone ini akan dicas sepenuhnya dalam masa kira-kira hampir satu jam.
Jika kerap digunakan termasuk bermain game, melayari media sosial sekaligus dan lain-lain, smartphone ini mungkin bertahan hampir sehari. Bukanlah betul 24 jam tapi cukup-cukup sehingga korang nak tidur. Sudah tentu, aplikasi tertentu seperti kamera menelan lebih banyak bateri apabila dibuka untuk tempoh masa yang lama, jadi ia bergantung kepada aktiviti anda. Walau bagaimanapun, V23 5G dengan mudah boleh bertahan hampir sehari dan bagi saya, itu sudah cukup baik.
Pendapat

Apa yang saya lihat setakat ini tentang vivo V23 sangat mengagumkan, terutama keupayaan selfie dan reka bentuknya. Bersama kamera yang sentiasa memastikan saya handsome, dan panel belakang boleh bertukar warna, ia merupakan sesuatu yang “lain daripada lain” dalam pasaran smartphone.
Selain daripada selfie, kamera belakang pun tidak menghampakan di mana gambar yang saya ambil agak “insta-worthy” gitu. Pada masa yang sama, kita ada pemproses MediaTek Dimensity 920 yang memastikan semuanya berfungsi dan berjalan dengan lancar. Walau bagaimanapun, saya masih perlu terangkan beberapa faktor lain seperti baterinya yang kecil, dan FunTouch OS yang kadangkala membuat sistem jadi perlahan.
Persoalan utama dalam review ini, adakah vivo V23 5G berbaloi dengan harganya?”
Bagi pendapat saya, jawapan adalah “Ya” dengan syarat anda suka mengambil selfie/gambar dan teringin smartphone dengan reka bentuk yang mencolok.

Pada harga bermula RM2,099.00, vivo V23 5G melaksanakan tugasnya dengan hebat sekali sebagai smartphone budget untuk kaki selfie dan sedikit “light gaming”. Untuk mereka yang berminat, smartphone ini kini tersedia untuk beli di kedai digital dan pengedar rasmi vivo.
Anda boleh beli mengikut pautan di bawah:
- vivo official estore
https://bit.ly/vivoV235G_estore_early_bird
- vivo concept store
https://www.vivo.com/my/where-to-buy
- vivo Shopee official store
https://tinyurl.com/V235GShopee
- vivo Lazada flagship store
https://tinyurl.com/V235GLazada
@gamersantaimy
Discussion about this post