Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game mobile open world Need for Speed dalam pembangunan oleh TiMi Studios & EA

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 5, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Sukan/lumba
0 0
0
Game mobile open world Need for Speed dalam pembangunan oleh TiMi Studios & EA
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun 2022 baru bermula dan nampaknya kita mungkin akan dapat game lumba baru. Menurut khabar angin di internet, francais terkenal Need for Speed mungkin sedang menghasilkan entri baru. Tidak banyak yang didedahkan tetapi projek rahsia ini diberi nama “Need for Speed ​​Online Mobile”.

Ditemui oleh seorang pengguna Reddit, laman Tencent Careers membuka jawatan kosong untuk “3D animator, game designer, design specialist” dan pengurus projek lain di cawangan Shanghai dan Shenzhen serta beberapa lokasi lular. Berikut adalah antara kenyataan rasmi yang kita boleh lihat dalam dokumen:

Anda akan bertanggungjawab untuk reka bentuk pelbagai mode untuk dunia permainan lumba realistik yang besar atau pengalaman perlumbaan 3C; menyusun pelbagai rancangan berkaitan reka bentuk dan senarai permintaan; membuat keputusan dan membuat susulan terhadap pelbagai tugas dalam proses R&D untuk memastikan komunikasi kumpulan yang lancar dan berkualiti; serta memantau, memajukan dan menganalisis data statistik, merumuskan rancangan pengoptimuman berdasarkan maklum balas dan data yang diterima serta membuat susulan ke atas pembangunan khusus.

Petikan kerja menurut Tencent.

Daripada gambar di atas, kita dapat melihat dengan jelas bahawa Tencent sedang mengusahakan 5 projek sekaligus. Salah satu projek diberi nama “Need for Speed ​​​​Online Mobile” dan jika dilihat secara lebih terperinci, butiran kerja juga menjelaskan game ini bersifat “open world” dan menggunakan teknologi Unreal Engine 4. Selain itu, TiMi Studios akan menguruskan pembangunan game tersebut (logo mereka boleh dilihat di kiri atas gambar).

Setakat ini, EA selaku pemilik IP belum mengesahkan kewujudan Need for Speed ​​​​Mobile dan kita hanya mampu menunggu maklumat lanjut daripada pihak mereka atau Tencent. Seperti yang kita semua tahu, TiMi adalah nama besar dalam industri gaming mobile dan telah menghasilkan banyak game AAA hebat seperti CoD Mobile, Pokemon Unite dan Arena of Valor.

Dengan pengalaman mereka, saya yakin kerjasama Tencent dan EA untuk projek Need for Speed Mobile akan sukses.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: eaMobileNeed for SpeedNeed for Speed MobileTImi Studios
Previous Post

NVIDIA rasmi melancarkan GPU ultra GeForce RTX 3090 Ti & varian murah RTX 3050!

Next Post

Senarai laptop gaming terbaru oleh MSI untuk 2022! Serba lengkap dengan GPU RTX 30 & edisi Rainbow Six Extraction!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Senarai laptop gaming terbaru oleh MSI untuk 2022! Serba lengkap dengan GPU RTX 30 & edisi Rainbow Six Extraction!

Senarai laptop gaming terbaru oleh MSI untuk 2022! Serba lengkap dengan GPU RTX 30 & edisi Rainbow Six Extraction!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd