Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tower of Fantasy kantoi sekali lagi memplagiat sumber luar untuk video promosi mereka

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 3, 2022
in Artikel, Berita, Game Online, Genre, Open World
0 0
0
Tower of Fantasy kantoi sekali lagi memplagiat sumber luar untuk video promosi mereka
Share on FacebookShare on Twitter

Tower of Fantasy oleh Perfect World Games telah menerima banyak ulasan negatif selepas mencuri aset dari Honkai Impact dan meniru review Genshin Impact menggunakan bot untuk nampak positif. Malangnya, drama tidak berhenti di situ kerana Tower of Fantasy kantoi sekali lagi memplagiat sumber luar untuk menggunakannya dalam video promosi mereka sendiri.

Kononnya “belajar daripada kesilapan lama”, Tower of Fantasy kali ini memutuskan untuk memplagiat kandungan bagi video promosi mereka daripada syarikat yang kecil, mungkin dengan harapan tiada siapa yang akan tahu. Malangnya, nasib tidak memihak kepada mereka.

Sebuah syarikat animasi Jepun bernama “Hurray!” telah menyuarakan aduan di Twitter rasmi bahawa video promosi Tower of Fantasy terang-terang memplagiat hasil karya mereka. Berikut adalah tweet tersebut:

この件に関して、特定の国をネガティブに思っているわけではありません。
映像を制作したのは中国の会社でしたが、
この件を連絡してくれたのも中国の方でした。
丁寧に状況を教えてくれ、
どう問題を解決するべきか相談に載ってくれました。
なので、「国」という単位で問題を捉えて欲しくありません

— ぽぷりか (@POPREQ) December 30, 2021
Ini adalah video Tower of Fantasy
Ini adalah video dari syarikat animasi Hurray!

Seperti yang anda dapat lihat, persamaan antara kedua-dua video memang boleh dipersoalkan, di mana babak aksi seolah-olah ditiru bermula dari adegan berjalan hingga ke aksi lain seperti apabila watak utama melompat, apabila watak utama menjatuhkan diri dan semasa watak utama mendaki; semuanya dalam susunan yang sama. Sesiapa yang melihat pasti setuju bahawa video itu diciplak.

Hurray! juga menjelaskan bahawa kerana mereka hanya sebuah syarikat skala kecil , jadi ia agak sukar untuk membuat tindakan undang-undang. , Syarikat tersebut hanya dapat meluahkan kekecewaan di media sosial dengan harapan untuk memberitahu lebih ramai pemain tentang perkara ini.

Memang benar Tower of Fantasy mempunyai potensi untuk menyaingi Genshin Impact, dengan konsep gameplay mereka yang unik, tetapi tiada siapa akan suka game ini selagi pihak pemaju terus kekalkan budaya memplagiat.

Apa pendapat korang? Adakah betul mereka tiru atau ini hanya sekadar kebetulan sahaja? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!

Sumber – Wanuxi

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Genshin ImpactPerfect World GamesplagiatTower of Fantasy
Previous Post

4 Anime paling mengecewakan pada tahun 2021! (menurut MAL)

Next Post

[Review] Monopoly Madness – Monopoly unik yang seronok dimainkan bersama!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[Review] Monopoly Madness – Monopoly unik yang seronok dimainkan bersama!

[Review] Monopoly Madness - Monopoly unik yang seronok dimainkan bersama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd