Baru-baru ini, seorang peminat telah berkongsi mengenai tahun pelancaran Sword Art Online, dan ia telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat anime. Jika anda ingin tahu, dalam dunia anime itu, Sword Art Online telah dilancarkan pada tahun 2022! Tahun yang sama kita sedang lalui. Sudah tentu ramai yang teringin merasai pengalaman gaming dalam dunia maya seperti siri anime tersebut. Dalam sebuah persidangan video, pencipta Genshin Impact, Cai Haoyu berkata bahawa miHoYo ingin mewujudkan dunia maya seperti Sword Art Online!

Semasa bercakap dalam penggilan Zoom untuk persidangan itu, Cai Haoyu yang merupakan presiden miHoYo ada berkata bahawa Genshin Impact merupakan sebuah prototaip untuk rancangan masa depan syarikat tersebut, iaitu mewujudkan dunia maya seperti francais fiksyen, Sword Art Online dan Ready Player One. MiHoYo merancang untuk melancarkan permainan baru setiap tempoh 3 hingga 4 tahun. Selepas kejayaan yang dicapai melalui Genshin Impact, miHoYo telah meningkatkan tenaga kerja di syarikat itu sejak 2014. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga telah merancang untuk membuka studio terbaru di Amerika Utara.
Genshin Impact merupakan permainan RPG yang dilancarkan pada September 2020 pada pelbagai platform seperti PS5, PS4, PC dan mobile. Ia merupakan salah satu game mobile yang cepat mengutip keuntungan tertinggi di seluruh dunia. Game ini juga masih lagi berlangsung dengan jayanya dan akan lebih banyak lagi kandungan yang menarik dan hebat untuk pemain rasai dalam dunia Teyvat yang indah itu.

Jika anda ingin tahu, sudah banyak syarikat besar telah mula bergiat untuk membangunkan dunia maya ini. Contohnya seperti Meta yang telah diwujudkan oleh CEO facebook, Mark Zuckerberg. Dia ada menekankan bahawa dunia maya akan menjadi sesuatu yang besar pada masa depan. Lebih-lebih lagi dengan pembangunan dan penyelidikan pada teknologi VR. Mungkin tidak lama lagi, kita akan melihat game dunia maya pertama dalam masa 10 hingga 15 tahun akan datang. Sword Art Online juga mungkin sesuatu yang benar pada masa depan.
Sumber: AnimeSenpai
@gamersantaimy
Discussion about this post