Entri kali ni aku sekadar nak bersantai. Nak tanya korang, apa perkara yang korang rasa malang sangat terjadi masa korang tengah main game? kot la time tu keyboard tak berfungsi, controller habis bateri, monitor terpadam ke. Jom, lepak-lepak kite story.
Hilang Savegame
Pernah tak korang main game berpuluh-puluh jam, lepas tu, sekelip mata, save game korang hilang? tak pon adik korang overwrite? perghhh~ dia punya rasa tu. Memang boleh bawak bergaduh cerita dia. Biasa kes ni jadi zaman-zaman PlayStation 1 dengan PlayStation 2.
Dah lah memory card senang hilang. Yelah, kadang-kadang kita cabut sebab nak main dekat rumah member. Sampai je rumah, tak jumpa. Tah tercicir, tah tertinggal, kot-kot poket bocor ke. Dulu susah, sebab takde cloud save. Bertabahlah nak.
CD Calar
Apa yang lagi teruk dari takleh load game yang korang dah save? of course la bila korang tak dapat masuk game, sebabnya, CD dah calar. Nak menangis rasa, lagi-lagi korang da nak lawan boss last kan. Perrghhh… memang sadis ah. Nasib dulu CD murah, boleh beli.
Ingat lagi bila lambang PlayStation rolling, semua tutup mata pakai baju, keluar je bunyi, baru tepuk tangan masing-masing.
Autosave Janggal
Ni pon satu hal jugak ni. Aku pernah jadi time main Skyrim, autosave dia, ngam-ngam lepas aku Fus-Ro-Dah NPC kampung, habis satu kampung nak bunuh aku. Ya Allah, duk berulang kat situ, da rasa maca cerita Inception dah. Rasa macam nak restart game je, tapi sayangnya, dah jauh kot. Kalau terjadi kat korang, apa korang buat?
Sekuel Yang Teruk
Ini lagi tak syok dari point-point aku yang sebelum ni. Bayangkan lah, punya kau layan kesemua game dia, tiba-tiba, keluar satu game baru, yang gameplay mengarut, jalan cerita tah pape, harap grafik je meletup pom pom. Come on la, gamer tak pandang grafik je, betul tak? Bile seorang gamer follow satu franchise tu, mesti ada sebab yang kukuh, tapi, yelah kan, masing-masing ada taste masing-masing.
Cuaca Yang Buruk
Ini biasa pemain game Online dan juga PC. Sebelum on tu, tengok dulu cuaca, hujan ke tak, kot ribut ke. Kang beriya on, masuk match game, bommmm, guruh. Mula lah game start Disconnect, sebab apa, Internet takde. Ada yang modem kene sambar dengan petir. Nak lagi best, rig korang yang beribu tu, pon kene sambar jugak. Sabor ye lah.
Makanan Dah Siap
Untuk orang bujang, diorang biasa tapau je. Senang, tapi yang duduk dengan family macam ibu or dah berkahwin, memang mengigil bila ada orang jerit ” Makanan dah siap!!!!” . Korang kena buat keputusan dengan pantas, kalau tak, kau hadap la bebelan diorang tu. Biasa member aku akan buat ayat sedih, contoh ” teruskanlah perjuangan tanpa aku”. Aku teringat lagi member aku kena marah dengan bini dalam stream, siap kena ” bapak kau la”, sebab tak makan.
Kerja
Ingat bila dah besar, dah bebas. Yela, dulu time kecik, nak main game je, kene bebel. Ni, bila da keluar dari kepompong, duduk bujang, da takde orang marah. Huiii, silap, makin kau tua, makin banyak komitmen dengan tanggujawab. Dulu, boleh lah tido lewat, bangun lewat. tapi, bile dah bekerjaya, korang sangat la kene pandai urus waktu korang. Maksudk aku, bukan lah tak boleh main langsung, cuma, ada had.
Hubungan
Ni khas untuk korang yang ada awek. Siapa yang ada awek kaki game jugak, korang sangat beruntung sebab dia faham, and korang boleh dating dengan cara paling murah, iaitu dengan main game bersama-sama. Tapi, untuk korang yang dapat awek tak main game, bertabahlah setabah-tabahnye bro. Kalau boleh, instead of tipu nak tido tapi kau on DOTA, why not cuba ajak and ajar dia. Sebab, kalau kau cuba fahamkan guna mulut or wassap or bagi video, bagi dia cuba lagi berkesan sebenarnye, dan kalau dia asyik duk cakap buang masa, habiskan duit, tunjuk video streamer or Pro Player yang menang sejuta dua dengan main game.
Orang
Yang ni, hughhhhhh…. Dah lah, biarkan aku sorang-sorang, aku nak main game ni, jangan kacau =P
So, ini lah perkara-perkara yang boleh buatkan korang macam, urghhhhh, nak marah, nak menangis dan macam-macam lagi. Apa kata korang komen, and bagitahu aku apa pengalaman malang korang time main game.
@gamersantaimy
Discussion about this post