Dikenali kerana mengeluarkan pelbagai game popular, syarikat penerbit besar 505 Games telah mendedahkan maklumat lanjut tentang beberapa game terbitan mereka, yang bakal dikeluarkan pada tahun ini (2023) dan tahun depan (2024).
Berikut adalah segala info yang anda perlu tahu:
Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes
Diakui sebagai spiritual successor kepada siri Suikoden, Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes merupakan RPG yang dibangunkan oleh Rabbit & Bear Studios.
Game ini akan menampilkan lebih daripada 100 watak, sistem Guild, dan pertempuran turn-based dengan parti sehingga enam watak. Posisi pertempuran adalah berbeza berdasarkan persekitaran, dan pertempuran juga akan merangkumi sudut kamera dinamik. Game ini akan merangkumi reka bentuk watak piksel dan grafik 2.5D resolusi tinggi.
Akan dikeluarkan pada 23 April 2024, Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes kini tersedia untuk pre-order melalui dua versi berbeza untuk PC (Steam, Epic Games Store, GOG), PlayStation 4/5 dan Nintendo Switch.
- Digital Standard Edition (RM149)
- Digital Deluxe Edition (RM177)
- Bonus tambahan termasuk:
- Consumable
- Season Pass
- Digital Mini Artbook
- Digital Soundtrack
- 48 jam Akses awal
- Barangan eksklusif daripada Rabbit & Bear
- Bonus tambahan termasuk:
Ghostrunner 2
Ghostrunner 2, yang dibangunkan oleh One More Level, rasmi akan tersedia di seluruh dunia pada 26 Oktober di PlayStation 5, Xbox Series X|S, Steam, Epic dan GOG dengan 48 jam akses awal untuk mereka yang membeli Brutal Edition.
Sebagai first-person cyberpunk action thriller, kita akan bermain sebagai Jack yang mampu merentasi persekitaran berbahaya secara dashing, jumping, wall-running dan sliding.
Dia juga boleh menggunakan grappling hook untuk menghayun melalui persekitaran dan menggunakan “Sensory Boost”, yang memperlahankan masa buat sementara. Walaupun pedang adalah senjata utama anda, Jack juga mempunyai akses kepada beberapa kebolehan istimewa, yang boleh digunakan dalam kedua-dua senario pertempuran dan menyelesaikan teka-teki.
Jika berminat, anda boleh mencuba demo-nya sekarang.
Nivalis
Dalam game simulasi slice-of-life cyberpunk ‘Nivalis’, pemain dapat memilih cara mereka menghabiskan masa di bandar, yang direka bersama simulasi cuaca realistik dan kitaran malam dan siang.
Anda boleh memulakan perniagaan, membuat kawan atau musuh, membeli dan menghias apartmen, pergi memancing dan mungkin juga mencari cinta sejati di Nivalis. Semua yang terjadi terserah kepada pemain.
Namun, pemain perlu bermula dari bawah dan membuat kerja-kerja kecilan dahulu seperti: gerai makanan, gerai mi, dan banyak lagi. Kembangkan perniagaan hingga anda membuka bar, restoran atau kelab malam. Akhirnya, anda akan memiliki semua kehidupan di Nivalis.
Game ini akan dikeluarkan oleh 505 Games pada 2024 di PC (Steam, Epic Games Store).
Crime Boss: Rockay City
Game ala GTA, Crime Boss: Rockay City, telah mengumumkan Expansion Pack – Dragon’s Gold Cup.
Dalam DLC ini, pemain akan melakukan rompakan berisiko dan bina hubungan sekutu yang tidak jangka dengan Dollar Dragon (Danny Trejo). Pada masa yang sama, pemain dapat mennikmati gameplay yang lebih lancar update keempat.
Bagi mereka yang tidak tahu, Crime Boss: Rockay City ialah game first-person co-op shooter yang dibangunkan oleh Ingame Studios. Dalam game, pemain akan mengumpulkan pasukan yang terdiri daripada penjenayah dan menghantar mereka dalam misi untuk menyusup, mencuri dan mengalahkan musuh.
Game ini menampilkan barisan pelakon terkemuka, termasuk Michael Madsen, Chuck Norris, Danny Trejo, Danny Glover, Michael Rooker, Kim Basinger, Vanilla Ice dan Damion Poitier.
Segala liputan kami tentang Tokyo Game Show disampaikan bersama kerjasama Predator Gaming.
@gamersantaimy
Discussion about this post