Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

5 ciri-ciri yang ada di PS5 DualSense tetapi tidak ada di PS4 DualShock 4!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 13, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Fakta & Trivia, PS5
0 0
0
5 ciri-ciri yang ada di PS5 DualSense tetapi tidak ada di PS4 DualShock 4!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada minggu ini, Sony akhirnya melancarkan controller rasmi PS5 DualSense. Dukacita, pengumuman ini tidak termasuk pandangan pertama untuk konsol PlayStation 5, tetapi Sony mengumumkan bahawa pendedahan konsol akan tiba pada bulan-bulan akan datang. Buat masa ini, peminat PlayStation hanya perlu berpuas hati dengan DualSense, yang mempunyai banyak perubahan berbanding dengan controller PlayStation sebelumnya. Selain daripada mereka semula konsep controller PlayStation, DualSense juga mempunyai banyak ciri-ciri baru yang membezakannya daripada DualShock 4.

A first look at DualSense, PS5’s new wireless controller.

More details and images: https://t.co/SuaUVDkyvD pic.twitter.com/ot5R1u5hsz

— PlayStation (@PlayStation) April 7, 2020

Sebahagian daripada ciri-ciri baru ini hanyalah penambahan dan perubahan kecil yang tidak akan memberikan kesan yang besar terhadap pengalaman sebenar permainan sistem. Walau bagaimanapun, ada beberapa ciri-ciri yang yang pasti memberi kesan kepada pengalaman permainan seharian anda.

Sony juga mendedahkan lebih banyak info tentang controller PS5 yang kita tidak tahu, tetapi ini mungkin maklumat mengenai bagaimana controller berinteraksi dengan konsol. Walaupun DualSense masih sembunyikan banyak rahsia, sekarang kita mempunyai gambaran lengkap tentang controller daripada sudut pandangan estetik.

Di bawah anda boleh membaca lebih lanjut mengenai semua ciri-ciri baru DualSense yang membezakannya daripada controller PlayStation sekarang iaitu DualShock 4.

Maklum Balas Haptik

Maklum balas haptik mungkin ciri baru terbesar untuk controller PlayStation 5. Maklum balas haptik pada dasarnya adalah corak “vibration” dan bentuk gelombang yang menyampaikan maklumat kepada pengguna. Controller PS4 pula mempunyai “rumble motor” standard. Sensasi “rumble motor” kekal sama di mana-mana permainan. Dengan maklum balas haptik , maklum balas ialah lebih tepat. Ini bermakna anda boleh membezakan antara memandu di salji atau di rumput, hanya berdasarkan maklum balas controller.

Trigger Adaptif

Trigger adaptif sangat sesuai dengan maklum balas haptik. Teknologi ini membolehkan pemaju untuk memprogramkan tahap-tahap yang berbeza dalam butang trigger. Dalam erti kata lain, apabila anda menarik anak panah untuk membunuh musuh, trigger akan memberikan rintangan yang lebih untuk memberikan pengalaman yang lebih mendalam. Seperti maklum balas haptik, trigger adaptif boleh pergi jauh untuk memberi pemain pengalaman yang jauh lebih imersif dalam permainan.

Reka Bentuk Dua Skema Warna

DualSense bukan sahaja melanggar urutan nama DualShock, tetapi juga mengubah reka bentuk satu warna mereka di mana controller PS4, PS3, PS2, dan PS1 semuanya mempunyai reka bentuk satu warna. DualSense menawarkan reka bentuk dua warna. Buat masa ini, hanya putih dan hitam telah disahkan, bagaimanapun, lebih banyak warna pasti akan didedahkan. Persoalan yang lebih besar adalah jika PlayStation akan mengikut jejak Xbox dan membolehkan penggunanya untuk mengubah suai controller? Buat masa ini, Sony tidak mendedahkan apa-apa maklumat lagi, tetapi saya berharap mereka akan pertimbangkan idea ini.

“Built-in” Mikrofon

Untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan dan pemain lain di PS4, kita memerlukan headset. Di PS5, kita tidak perlu semua itu lagi. DualSense dilengkapi dengan “built-in” mikrofon, dan menurut Sony, ia mempunyai teknologi penapisan dan “voice recognition” maju yang membolehkan ia mengesan suara pengguna sahaja. Sama ada teknologi ini berkesan atau tidak, tiada siapa tahu lagi. Sony mengatakan bahawa untuk sesi permainan yang lebih lama, anda masih akan menggunakan headset, tetapi “built-in” mikrofon cukup bagus untuk sesi komunikasi yang pendek.

Butang “Create”

DualShock 4 mempunyai butang “share“. DualSense akan meningkatkan produktiviti dengan butang “create“. Masih tidak jelas apa perbezaan antara kedua-dua butang ini. Menurut Sony, ia ada perbezaan yang sangat-sangat besar. Malangnya, mereka tidak bersedia untuk mendedahkan ini, tetapi bunyinya seperti butang “create” boleh melakukan semua yang butang “share” buat malah banyak lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ControllerDualSensedualshock 4playstation 5ps5Sony
Previous Post

Khabar angin: Resident Evil 4 Remake akan keluar pada tahun 2022!

Next Post

PUBG menambah update “COLD FRONT SURVIVAL” pada 16 April!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
PUBG menambah update “COLD FRONT SURVIVAL” pada 16 April!

PUBG menambah update "COLD FRONT SURVIVAL" pada 16 April!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd