Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

5 Assassin Terkuat untuk Meta Mobile Legends buat masa ini! [Ogos 2019]

Hero paling sukar untuk dimahirkan tetapi pasti berbaloi.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 26, 2019
in Android, Artikel, Berita, Bimbingan, iOS, Mobile
0 0
0
5 Assassin Terkuat untuk Meta Mobile Legends buat masa ini! [Ogos 2019]
Share on FacebookShare on Twitter

Assassin adalah salah satu peranan yang paling penting di Mobile Legends kerana mudah mendapatkan kill dan mudah membuat pemain sebagai MVP walaupun hero-nya agak sukar untuk digunakan. Ini disebabkan kebolehan mereka rumit dan sukar serta defense mereka sangat-sangat rendah. Buat masa ini, terdapat 14 assassin dalam Mobile Legends, tetapi kami memilih hanya lima assassin terbaik untuk bulan Ogos 2019. Siapakah mereka? Mari kita lihat di bawah.

Helcurt

Walaupun dilupakan, Helcurt kembali menjadi assassin terbaik kerana skill silence-nya yang boleh melakukan counter terhadap hero baru seperti Dyrroth atau Terizla. Helcurt juga boleh membutakan pandangan musuh menggunakan skill ultimate-nya yang membolehkan Helcurt membunuh marksman atau mage lawan dengan mudah. Burst Damage yang dicipta oleh Helcurt sangat besar sehingga seorang hero tank seperti Akai tidak cukup kuat untuk menahan serangan burst damage oleh Helcurt.

Natalia

Kerana sebuah roaming item baru di dalam Mobile Legends yang dipanggil Shadow Mask, Natalia kembali ke senarai assassin terbaik kerana item ini membolehkannya beliau hilang dengan lebih lama apabila diaktifkan. Natalia masih boleh hilang walaupun dia tidak berada di dalam semak yang membolehkannya membunuh carry lawan dengan mudah. Satu lagi kelebihan menggunakan Natalia ialah beliau boleh melakukan split push dengan baik. Malah, apabila pasukan itu berada di dalam situasi hampir kalah kerana sering kalah dalam teamfight, Natalia boleh melakukan comeback menggunakan split push.

Selena

Assassin ini masih menjadi assassin yang popular sejak keluaran pertamanya di Mobile Legends. Selena menjadi assassin yang popular kerana beliau cukup kuat dan mempunyai stun dengan tempoh yang panjang. Pihak lawan yang terkena stun pasti akan dibunuh dengan cepat oleh Selena. Selena juga boleh menukar kepada Abyssal Form. Semasa dalam bentuk ini, Selena boleh melakukan nilai damage yang sangat besar.

Hanzo

Di antara semua assassin di Mobile Legends, Hanzo mungkin satu-satunya assassin dengan cara yang paling selamat untuk bermain kerana dia boleh mengeluarkan roh hantu dari tubuhnya dan menyerang lawan menggunakan roh tersebut. Hanzo juga mempunyai keupayaan farming yang cukup cepat kerana kemahirannya pertamanya.

Gusion

Kami tidak tahu bilalah assassin ini akan berhenti mendapat tumpuan, tetapi Gusion kekal menjadi assassin paling popular kerana kebolehan uniknya dan masih menerima skin-skin yang gempak belaka. Selepas mendapat skin VENOM, Gusion telah mendapat skin hasil kerjasama dengan King of Fighter iaitu K’. Apa yang membuatkan Gusion popular adalah keupayaannya untuk menyusup ke dalam formasi lawan dengan mudah dan membunuh carry pihak lawan lalu meloloskan diri.

Tags: AssassinGusionHanzoHelcurtMobile LegendsNataliaSelena
Previous Post

PewDiePie mencecah 100 Juta Subcriber di YouTube!

Next Post

Game Shooter paling GEMPAK & MENDEBARKAN untuk Mobile Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Game Shooter paling GEMPAK & MENDEBARKAN untuk Mobile Sekarang!

Game Shooter paling GEMPAK & MENDEBARKAN untuk Mobile Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd