Yoko Taro, pencipta game yang terkenal dengan siri NieR hadir dengan game terbaru bersama SEGA. Game baru yang bertajuk “404 GAME RE:SET (ERROR GAME RESET)” merupakan sebuah game mobile RPG yang akan tersedia di iOS dan Android.
Dalam teaser tersebut, kita boleh nampak logo SEGA di merata-rata tempat selepas ia monopoli skrin telefon. Selepas itu terdapat teks yang bermaksud “Cipta masa depan yang lebih cerah” dan “Musnahkan SEGA” terpampang sebelum menunjukkan tarikh “10.2.2023” di mana “Dunia akan berubah”.
Kalau anda ingin tahu, tarikh tersebut merupakan tarikh livestream yang akan mendedahkan pelbagai maklumat mengenai game baru ini. Ada kemungkinan besar Yoko Taro akan turut serta dalam livestream tersebut. Game RPG tersebut akan dilancarkan pada tahun 2023 di Jepun. Masih tiada maklumat jika versi global akan dilancarkan atau tidak.
Laman web rasmi game juga sudah tersedia, cuma kita tidak boleh akses buat masa ini. Ada kemungkinan besar ia akan tersedia apabila livestream game tamat nanti.
Bukan setakat itu sahaja, kempen pra-daftar sedang berlangsung. Jadi kalau anda ada akaun Jepun, boleh pra-daftar 404 GAME RE:SET sekarang. Apabila game dilancarkan nanti, pemain berpeluang untuk mendapatkan 10 pull gacha. Selalunya kalau ada gacha, game mobile ini mesti percuma untuk dimainkan dengan pembelian dalam game.
Apa pun kita tunggu sahaja maklumat lanjut mengenai 404 GAME RE:SET. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post